SEGELAS SUSU PADA SETIAP PAGI UNTUK PERMULAAN YANG KUAT

Apakah yang kurang dalam sarapan pagi rakyat Malaysia? Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Dutch Lady PureFarm, susu sedia-untuk-diminum No. 1 di Malaysia, sewaktu pelancaran kempen sarapan pagi popular di Malaysia. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah segelas susu! 

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menekankan kepentingan untuk keluarga Malaysia mendapatkan nutrien penting yang mencukupi daripada sarapan harian bagi membantu mereka memulakan hari dengan lebih bertenaga dan kuat.

 

segelas susu

“Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari anda kerana ia merupakan makanan pertama yang kita makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir yang dimakan. Bekalan nutrien yang semakin kurang selepas 12 jam bermakna otak kita kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme kita juga memerlukan makanan untuk mula bertindak,” kata Ng.

 

“Oleh itu, sarapan yang kita ambil perlu menyediakan nutrien penting yang cukup untuk membantu kita memenuhi pengambilan nutrien harian seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Sarapan juga perlu membekalkan nutrien makro dan mikro yang seimbang, termasuklah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” tambahnya.

 

 

 

Sarapan Pagi Popular Malaysia Tidak Cukup Berkhasiat

Professor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, yang mengetuai kajian SEANUTS Malaysia, menunjukkan bahawa hanya dua dalam tiga orang kanak-kanak Malaysia makan sarapan setiap pagi oleh kerana itu penting untuk memilih makanan sarapan yang berkhasiat.

 

Pasukannya menganalisis tujuh sarapan pagi yang popular untuk mengetahui sama ada ia membekalkan jumlah tenaga, protein, vitamin A, B2 dan D, serta kalsium untuk memenuhi 20 hingga 25% daripada pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

 

segelas susu

Menurut Profesor Poh, kajian mengambil ilham daripada MyBreakfast Study of School Children untuk mengenalpasti makanan yang paling biasa diambil pada waktu pagi oleh kanak-kanak Malaysia. Ramuan dan saiz hidangan sarapan pagi ini dianalisis mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia. Tujuh jenis sarapan pagi paling biasa diambil oleh rakyat Malaysia yang dianalisis adalah nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, roti canai, roti telur atau French toast, sandwic sardin dan gabungan karipap dan dua jenis kuih.

 

“Analisis sarapan pagi paling biasa ini menunjukkan bahawa ia tidak dapat membekalkan nutrien penting yang cukup untuk memenuhi 20 hingga 25% pengambilan nutrien harian yang disyorkan (RNI) untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Bagi orang dewasa, hidangan sarapan ini tidak mengandungi tenaga, protein, vitamin D dan kalsium yang mencukupi, yang penting untuk membantu mereka memulakan hari dengan baik; dan bagi kanak-kanak, mereka kekurangan vitamin D dan kalsium, yang penting untuk perkembangan tulang dan keseluruhannya,” jelas Prof. Poh.

 

Kandungan vitamin D dan kalsium yang rendah turut dikesan oleh dua tinjauan lain yang menunjukkan orang dewasa dan kanak-kanak Malaysia kekurangan nutrien ini dalam pengambilan makanan mereka. Menurut Kajian Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS), hampir 50% kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan kalsium dan vitamin D5.

 

Manakala Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2014 menunjukkan pengambilan mikro nutrien utama oleh orang dewasa seperti kalsium, zat besi, vitamin A dan C adalah kurang daripada dua pertiga RNI yang disyor oleh Kementerian Kesihatan6. Lebih merisaukan adalah kajian SEANUTS menunjukkan kanak-kanak Malaysia pada purata meminum hanya setengah hidang susu setiap hari, dan cuma 5% kanak-kanak yang memenuhi kuantiti yang disaran, iaitu 2 hidangan susu setiap hari, yang boleh membantu mereka memenuhi keperluan kalsium dan vitamin D.7

 

Walau bagaimanapun, apabila sarapan ini diambil bersama hidangan 250ml susu yang diperkaya, pengambilan pemakanan harian pada 20 – 25% dapat dipenuhi dengan mudah. Tenaga serta semua vitamin dan mineral yang diukur (vitamin A, B2, D dan kalsium) memenuhi keperluan 20 – 25% RNI harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

 

“Rakyat Malaysia  biasanya makan nasi lemak, mi goreng dan nasi goreng terutamanya pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, pilihan sarapan ini tidak memberikan makro dan mikro nutrien yang mencukupi untuk memulakan hari anda dengan bertenaga. Untuk membantu rakyat Malaysia memenuhi keperluan pemakanan untuk sarapan, kami syorkan untuk meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm setiap pagi! Susu Dutch Lady PureFarm pula disediakan dalam pembungkusan yang mudah dan sesuai untuk diminum pada waktu pagi yang sibuk,” kata Ng.

 

Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien penting berikut untuk membantu keluarga Malaysia memulakan hari mereka dengan lebih bertenaga:

  1. Protein membantu membina dan membaiki tisu8 supaya otot kita sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik;
  2. Vitamin A membolehkan mata berfungsi dengan sempurna9 dan membantu kita memberi tumpuan dan perhatian, di sekolah dan juga di tempat kerja;
  3. Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak, dan protein;10
  4. Vitamin D membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus;11 dan
  5. Kalsium adalah penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak12 serta membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat13 untuk gaya hidup yang aktif.

Kami sarankan untuk anda menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm bersama hidangan sarapan kegemaran Malaysia. Dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm anda bersedia untuk memulakan hari dengan lebih cergas – segelas setiap hari pada waktu pagi untuk permulaan yang lebih kuat dan bertenaga!

 

Untuk mengetahui maklumat lanjut bagaimana segelas susu Dutch Lady PureFarm boleh membantu anda memenuhi keperluan pengambilan nutrien, sila layari laman Facebook Dutch Lady Malaysia di  www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

 

BACA 9 JENIS MAKANAN TERBAIK UNTUK ANAK YANG KURANG MAKAN NASI