SEMAKIN SIHAT SISTEM PENGHADAMAN, SEMAKIN BAIK TUMPUAN KITA

Ramai antara kita sudah minum cawan kopi kedua atau mungkin juga ketiga di tempat kerja walaupun ia belum sampai pukul 12 tengah hari. Bagi sebilangan besar daripada kita, dos tambahan kafeina membantu kita mengekalkan kecergasan dan tumpuan yang diperlukan untuk sepanjang hari kerja.

 

Kekurangan tumpuan, keresahan dan perhatian yang senang terganggu adalah antara tanda-tanda kekurangan kepekaan mental yang menghalang kita daripada mencapai potensi penuh di tempat kerja.

 

Apa Kaitan ‘Brain Fog’ Dengan Tumpuan?

Pernahkah anda melalui detik-detik apabila anda tidak boleh berfikir dengan jelas, dan anda rasa letih dan tidak dapat memberi tumpuan? Rasa kabur dan kekurangan tumpuan ini dirujuk sebagai ‘brain fog’.

 

Sungguhpun pengalaman setiap individu berbeza, simptom-simptom biasa termasuk kurang tumpuan, sukar mengingatkan memori dan kurang kepekaan mental, yang boleh memberi kesan buruk jika tidak ditangani dalam jangka panjang.

 

Punca keadaan ini sering dikaitkan dengan gaya hidup seperti kurang aktiviti fizikal, tabiat merokok dan pengambilan alkohol[1]. Ketidakseimbangan dalam sistem penghadaman disebabkan oleh tabiat makanan yang tidak sihat juga boleh memburukkan gejala-gejala ‘brain fog’ ini. Ramai tidak sedar bahawa fungsi sistem penghadaman bukan sekadar menghadam makanan kita – ia juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan mental kita. Ini terbukti daripada pelbagai kajian yang mendapati bahawa ekosistem bakteria yang terdapat dalam badan dan sistem penghadaman kita memainkan peranan dalam mengawal perasaan dan fikiran kita.

TUMPUAN

Tiga Faktor Yang Menjejaskan Kepekaan Mental 

  1. Kurang tidur

Secara purata, rakyat Malaysia hanya tidur 6.4 jam sehari – ini adalah kekurangan 1.4 jam berbanding dengan lapan jam untuk tidur yang disyorkan setiap hari[2]. Tidur penting dalam proses pemikiran dan pembelajaran, dan kekurangan tidur boleh membuat kita rasa bingung, tidak dapat menumpu perhatian dan lembab.

 

Orang yang tidur kurang daripada lapan jam yang disyorkan memperlihatkan prestasi kurang baik, khususnya jika diukur dari segi kecerdasan mental[3].

 

  1. Tekanan

Kajian yang dijalankan oleh Regus, pembekal tempat kerja global, menunjukkan bahawa 70% pekerja Malaysia melaporkan lebih banyak penyakit berkaitan tekanan disebabkan keadaan ekonomi global yang mencabar[4].

 

Tekanan boleh memberi kesan negatif dalam pelbagai cara, dan ramai antara kita tidak menyedari hubungannya dengan sistem penghadaman. Tekanan akan merangsang pengeluaran hormon ‘lawan atau lari’ iaitu kortisol, yang merencat penghadaman. Secara ringkas, semakin banyak tekanan yang kita rasai, semakin besar kemungkinan untuk kita sukar memberi tumpuan.

 

  1. Diet

Gaya hidup yang sangat sibuk menentukan bila dan apa yang kita makan, bukan apa yang diperlukan oleh badan kita.  Makanan yang kita makan memasuki saluran darah kita dan sampai ke otak. Hakikatnya, diet menentukan keadaan dan kesihatan kita umpama peribahasa Inggeris ‘you are what you eat’. Diet yang mengandungi banyak lemak terproses, gula dan pengawet menyebabkan keradangan dalam badan kita yang melambatkan pengaliran darah ke otak, dan menjejaskan fungsi kognitif.

 

Pentingnya Menjaga Kesihatan Sistem Penghadaman

Tidak ramai orang menyedari kepentingan peranan sistem penghadaman, yang bukan sahaja mempengaruhi sistem penghadaman dan metabolisme kita tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan otak kita.

 

Sistem penghadaman dihubungkan dengan otak menerusi sistem saraf pusat kita. Ia mendapat gelaran sebagai ‘otak kedua’, kerana ekosistem dalaman bakteria yang kompleks dalam badan kita menentukan bagaimana kita rasa dan fikir melalui saraf vagus yang menghubungkan otak dan saluran penghadaman.

 

Dengan memastikan keseimbangan ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman, kita boleh menambah baik kepekaan mental kita.

 

Sistem penghadaman yang sihat dikaitkan dengan otak yang sihat – dan penjagaan kesihatan sistem penghadaman kita adalah semudah mengambil minuman susu kultur seperti VITAGEN.

TUMPUAN

Perintis dalam industri dan penjaga sistem penghadaman, VITAGEN dibuat daripada susu skim difermentasi yang mengandungi berbilion-bilion kultur hidup dan aktif Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei.

TUMPUAN

Bakteria ‘baik’ ini membantu mengekalkan dan mengimbangkan ekosistem bakteria dalaman kita, yang membantu dalam menajamkan kepekaan mental untuk meningkatkan daya tumpuan dan tahap produktiviti kita seara keseluruhan.

 

[1] https://my.clevelandclinic.org/health/transcripts/1444_lifestyle-choices-root-causes-of-chronic-diseases

[2] http://www.themalaysiantimes.com.my/unhealthy-living-makes-msia-no-1-in-diabetes-prevalence-in-asean/

[3] https://myonlineinsurances.com/enough-sleep-to-avoid-the-car-accident-in-malaysia

[4] http://english.astroawani.com/lifestyle/work-life-balanceust-better-quality-life-142452

 

BACA: SOLUSI MUDAH ELAK SEMBELIT