NIKMATI SENSASI NITRO TERBAHARU DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF

Minuman Nitro Cold Brew yang sedang hangat diperkatakan di kalangan pengunjung kafe kini mendapat sentuhan baharu di The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL). Kali ini, mereka memperkenalkan minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea yang menggabungkan rasa unik dari Barat dan Timur dengan campuran bahan-bahan berkualiti tinggi.

Sekali lagi, Pakar Teh CB&TL, David de Candia berjaya menghasilkan minuman yang mempunyai aroma tersendiri. Beliau mencampurkan teh hijau yang menyegarkan dan ditambah dengan haruman bunga melur serta rasa masam-manis buah pic.

nitro

Apa Keistimewaan  Minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea?

Teh Hijau yang hanya dipetik di antara bulan Jun dan Ogos, didatangkan khas dari ladang keluarga di China yang berusia lebih 100 tahun. Bagi menjamin kualiti teh yang baik, hanya daun yang menyeluruh dipilih dan bukan daun yang telah dihancurkan. CB&TL juga bekerja secara terus dengan peladang bagi memastikan mereka mendapat hasil dan manfaatnya, dan bukan melalui orang tengah.

Bunga melur digunakan untuk mewangikan daun teh dengan meletakkannya di atas pokok bunga melur selama tujuh  malam. Kemudian, bunga melur yang dipilih dengan teliti akan diadunkan bersama teh menggunakan tangan.

nitro

 

nitro

 

Campuran puri buah pic asli ditambah sebagai pemanis semulajadi yang turut memberi rasa dan warna yang menyegarkan. Rasanya berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan sirap.

“The Coffee Bean & Tea Leaf®  sentiasa menghasilkan inovasi terbaharu, jadi kami membawakan Nitro Cold Brew Tea sebagai ciptaan terkini selepas kejayaan Nitro Cold Brew Coffee. Kami berbangga kerana rakyat Asia dan rakyat Malaysia khususnya, berpeluang menikmati campuran Peach Jasmine yang unik ini. Minuman ini sesuai untuk penggemar teh yang ingin mencuba sesuatu yang baharu,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Bagi yang belum mencuba minuman Nitro, Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea dihidangkan secara sejuk, dan dihasilkan melalui tong kecil bertekanan tinggi.. Kaedah Nitro ini menghasilkan lapisan buih di atas minuman dan menjadikan teksturnyapekat dan berkrim walaupun tanpa susu. Teknik pembruan sejuk pula memberikan rasa yang kuat tetapi tidak pahit, jadi minuman ini tetap lazat dinikmati walaupun tanpa gula!

Cubalah minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea hari ini di salah satu daripada 49 cawangan CB&TL dan kongsikan pengalaman anda dengan menggunakan #CBTLNitroColdBrew dan #coffeebeanmy, atau layari bit.ly/CBTLGooglePlus untuk mendapatkan fakta, gambar dan padanan makanan yang sesuai!

The Coffee Bean & Tea Leaf® Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea boleh dibeli bermula dari 5 April 2018 pada harga RM13.50; anda juga boleh mencuba minuman Peach Jasmine sebagai Sparkling Iced Tea atau minuman Granita Tea Ice Blended® (RM13.90 [kecil], RM14.90 [biasa] dan RM13.50 [kecil], RM14.50 [biasa] masing-masing), atau sebagai Iced Sweet Tea atau Cold Brew Tea (RM13.50 [kecil], RM14.50 [biasa] dan RM10.50 [kecil], RM12.00 [biasa] masing-masing.

 

Facebook CB&TL di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage

Instagram CB&TL @coffeebeanMY

Laman web  www.coffeebean.com.my.