ORANG YANG SERING MENANGIS MILIKI MENTAL YANG LEBIH KUAT

Kajian mendapati bahawa menangis bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi bagus untuk kestabilan mental juga. Jadi, siapa yang sering menangis dikatakan memiliki mental yang kuat. 

Menangis adalah penawar yang efektif buat penyakit emosi dan dapat membuang segala kebimbangan, kekecewaan atau kedukaan. Sikap suka menahan perasaan dan air mata boleh menjejaskan psikologi pada jangka masa panjang. Demikian menurut artikel yang dipetik daripada Lifehack.com.

Menangis ini ada macam-macam emosi. Menangis bukan sahaja waktu duka atau sedih tetapi ada juga yang menangis kerana terharu atau gembira. Bahkan ada orang marah dengan lidahnya tapi ada juga yang memilih untuk menangis bagi melepaskan geram.

Dalam satu kajian, menangis dapat membuang racun dalam badan dan meningkatkan imuniti tubuh serta membunuh bakteria 99 jenis bakteria dalam tempoh 5-10 minit.

sering menangis

BACA: TIDAK BAHAGIA DALAM HIDUP, KETAHUI 5 PUNCANYA

LIKE & SHARE MAMANET

JOM, KITA LIHAT KEBENARAN KEBAIKAN SERING MENANGIS INI BERDASARKAN BEBERAPA PENEMUAN DI BAWAH:

  1. Menangis boleh menghilangkan stress

Air mata adalah therapeutic (penawar) dan menangis adalah cathartic (melegakan). Tiga puluh tahun lalu, ahli kimia mendapati bahawa tangisan yang penuh emosi membawa lebih banyak protein berbanding dengan tangisan tanpa emosi (mata pedih terkena bawang).

Eksperimen yang dijalankan oleh ahli psikologi, Alex Goetz adalah seperti berikut:

Air mata merupakan luahan emosi. Tangisan penuh emosi yang terhasil daripada rasa tertekan, membawa bersamanya hormon stres untuk dibuang. Walau pun anda mungkin malu untuk menangis tetapi bila anda rasa mula rasa hiba, itu tandanya anda sedang berada pada tahap stres yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika dipendam.sering menangis

  1. Menangis membina kekuatan mental

Menangis merupakan cara anda maklum akan emosi anda dan sedia menghadapinya. Mengelak atau menafikan perasaan negatif boleh menjejaskan kesihatan mental seperti mengalami anxiety dan despressive disorder. Bahkan anda mungkin akan terbabit dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, alkohol atau maksiat.

Hadapi dan kendali emosi anda dan benarkan diri anda untuk bersedih demi kepentingan kesihatan mental anda.sering menangis

  1. Menangis membantu anda redha dan pulih

Profesir Roger Baker dari Universiti Bournemouth percaya bahawa menangis adalah transformasi kedukaan atau kemurungan kepada sesuatu yang jelas dan proses ini mampu mengurangkan trauma. Apabila anda menangis, bermakna anda sedang menjalani proses pemulihan emosional. Air mata merupakan medium yang menzahirkan kepedihan psikologi ke dalam bentuk fisiologi. Air mata merupakan pencetus kepada pemulihan mental anda.sering menangis

  1. Menangis mengeratkan hubungan

Air mata merupakan pengenalan positif tentang siapa diri kita. Tangisan menyerlahkan kaitan emosi dalaman kita pada dunia dan menunjukkan yang kita prihatin.

Menangis di depan orang memperlihatkan betapa hati kita sedang bersedih. Menangis dalam keadaan sukar atau sedih memecahkan benting kebuntuan dan memberikan kebebasan untuk meluahkan perasaan. Hubungan akan jadi lebih akrab dan kukuh apabila rakan yang sejati menangis bersama.

sering menangis

Menangis telah dibuktikan secara saintifik untuk membuatkan anda rasa lebih tenang. Memang, ia tidak akan menyelesaikan masalah anda atau membawa kembali seseorang ke dalam hidup anda tetapi ia mampu membuatkan mental anda lebih kuat. Jadi, usah risau atau malu untuk sering menangis setiap kali anda sedih, kecewa atau tertekan.

 

Ikuti artikel seterusnya esok, ‘kenapa aku tak mampu menangis?’