SHOPEE PERKENAL SKUAD SELEBRITI BAHARU MERIAHKAN RAYA

Baru-baru ini Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah inisiatif terbaharunya iaitu Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad) yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka.

 

Pelancaran Skuad Selebriti Shopee ini merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan Shopee untuk tahun 2018. Tambahan pula,hari ini, dengan kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini, Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play.

 

“Kami tahu, rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Skuad Selebrity Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka dengan semudah satu klik sahaja, “ jelas Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee pada majlis pelancaran tersebut.

 

Enam artis terpilih sebagai Skuad Selebriti Shopee

 

  1. Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti.

Skuad Selebriti

  1. Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen tradisional dengan sentuhan moden.

Skuad Selebriti

  1. Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee.

Skuad Selebriti

  1. Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy, mempertaruhkan jenamanya EL.

Skuad Selebriti

  1. Finalis Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi dengan jenama Heliza Guzel Hive – menjual pakaian Muslimah.

Skuad Selebriti

  1. Artis serba boleh, Emma Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, malah juga memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit, EMBS.

Skuad Selebriti

Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa. Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan.

 

Shopee bekerjasama dengan Visa membawakan permainan ‘Ketupat Raya’

 

Selain itu, Kempen Cahaya Raya Shopee juga masih yang bermula pada 3 Mei lalu masih lagi berlangsung dan bakal berakhir pada 17 Jun ini. Rebutlah pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan.

 

Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi.

 

Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu 5.00 pagi dan 7.00 malam.

 

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee.

 

Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) membolehkan pengguna memilih sendiri padanan kegemaran mereka daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Jangan lupa untuk mendapatkan Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Skuad Selebriti Shopee, layari

https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad

dan Kempen Cahaya Raya, layari https://shopee.com.my/m/shopee-

cahaya-raya.

 

Di samping itu, jangan lupa juga untuk memuat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google.