EDISI PHANTOM GREEN DIJUAL SECARA EKSKLUSIF DI SHOPEE SEMPENA SUPER HONOR DAY

Bagi anda yang sedang mencari-cari telefon pintar, jangan lepaskan peluang terbaik sempena Super honor Day di Shoppe Malaysia ini.

Selain melancarkan model terbaru honor 7, honor Malaysia juga telah bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan honor 10 yang tampil dengan edisi warna baru iaitu Phantom Green yang bakal dijual di Super honor Day pada 8 Jun, 2018 ini.

super honor day

Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia. Apatah lagi selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. “Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industri e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami”.

“Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari,” tambah Ian Ho lagi.

Super honor Day Jalin Kerjasama Dua Pihak

Bagi Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia, sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama  dengan Shopee ini dikatakan sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia.

“Ini merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,”tambahnya lagi.

super honor day

YANG MENARIK TENTANG honor 7A

honor 7A ini dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Selain itu, untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.

Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna.

Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

super honor day

TAWARAN ISTIMEWA honor 10 EDISI PHANTOM GREEN

Bagi yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu, tentunya akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day.

Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599.00. Bahkan dengan setiap pembelian, anda juga  diberikan hadiah percuma bernilai RM298 (selagi stok masih ada).

Untuk mengetahui lebih lanjut tenang Super honor Day, layari https://shopee.com.my/honormy.officialstore

(Visited 14,327 times, 3 visits today)