Skim Thohir Permudahkan Bayaran Zakat Pendapatan

skim thohirDalam keadaan ekonomi sekarang, anda perlu lebih berdisiplin ketika menguruskan kewangan dan pendapatan setiap bulan. Jika kewangan tidak diurus dengan baik, pasti anda akan hadapi masalah kebocoran di sana-sini.  Atas sebab itu maka Pusat Pungutan Zakat (PPZ)  menyediakan Skim Thohir atau skim potongan gaji untuk semua pembayar zakat.

 

Kenapa perlu bayar zakat melalui Skim Thohir?

 

skim thohirPembayar yang sudah cukup syarat untuk membayar zakat boleh menunaikannya sama ada dengan cara konvensional iaitu datang sendiri ke kaunter atau pun terus melalui Skim Thohir. Malah dengan Skim Thohir, urusan pembayaran zakat menjadi lebih mudah, cepat dan praktikal. Apatah bagi para pekerja seperti kita semua yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian.

 

Penggunaan cara potongan gaji ini dapat mengelakkan masalah daripada terlupa atau tidak ada masa untuk membuat bayaran. Potongan gaji pula dilakukan setiap kali pembayaran gaji dibuat pada setiap bulan. Jadi, ia akan dipotong secara automatik tanpa mengganggu masa dan ketenangan anda.

 

Skim Thohir dapat membantu anda membuat bayaran zakat tanpa rasa terbeban. Ia adalah pilihan bagi anda yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

 

 

Bagaimana membuat bayaran zakat melalui Skim Thohir?

 

skim-thohirPekerja yang mendapat gaji tetap perlu menjadikan Skim Thohir ini sebagai kaedah paling selamat dan cekap dalam membayar zakat. Hanya dengan sekali daftar saja urusan pembayaran zakat anda selesai sampai bila-bila. Jika anda ingin menambah kadarnya selaras dengan kenaikan gaji, anda hanya perlu maklumkan kepada Pihak Sumber Manusia/Bahagian Gaji di tempat anda bekerja,

 

Borang Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) juga boleh dimuat turun di portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my atau anda boleh ke 11 kaunter PPZ-MAIWP untuk mendapatkan borang tersebut.

 

Selain itu, borang tersebut juga boleh didapati di tujuh lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP atau menghubungi Talian Zakat PPZ-MAIWP di 1300-88-5757 untuk maklumat lanjut.

 

 

Terdapat tiga langkah mudah untuk sertai Skim Thohir:

 

  1. Quarterly Tax PaymentsLakukan taksiran zakat.

 

  1. Isi borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ052) dan serahkan borang yang sudah lengkap dan tepat kepada Jabatan Sumber Manusia/Bahagian Gaji di syarikat masing-masing untuk membuat potongan.

 

  1. Pastikan slip gaji tertera potongan gaji zakat dan anda menerima penyata bayaran zakat dua kali setahun dari PPZ-MAIWP.

 

 

Kemudahan pembayaran yang disediakan PPZ-MAIWP bagi Skim Thohir

 

Majikan boleh menghantar pembayaran tersebut ke 11 kaunter PPZ-MAIWP atau melalui kiriman pos ke Wisma PPZ di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur atau melalui e-majikan di bank yang berdaftar, antaranya di Maybank2e, CIMB Bizchannel dan OCBC EasiCheck, HSBC Amanah eStatutory Payment dan Bank Islam e-majikan.

 

Selain itu, penghantaran bayaran juga boleh dibuat melalui e-mel menggunakan Pindahan Telegrafik (TT) atau sistem pemindahan wang secara elektronik (EFT) dan slip bank ke akaun bank PPZ-MAIWP.

 

 

UNTUK MAKLUMAN LANJUT:

Talian Zakat 1- 300 – 88 – 5757

Portal Zakat www.zakat.com.my

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP ke premis anda, boleh menghantar email ke udpkhas@zakat.com.my

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan agihan pula, sila hubungi Baitulmal-MAIWP di talian 03-2617 5222 / 012-518 3614 / 012-512 7614

 

 

LIKE & SHARE MAMANET