4 SOLUSI SOROK LEMAK DI PERUT, PINGGANG, PAHA DAN LENGAN!

MEMILIKI LEMAK DI PERUT, PAHA DAN LENGAN MEMANG BOLEH MENGANGGU PENAMPILAN. NAMUN, ADA BEBERAPA CARA UNTUK MENUTUPI LEMAK DI PERUT, PINGGANG, PAHA MAHUPUN DI LENGAN!

 

Rasanya bukan sedikit di antara kita yang mempunyai lebihan lemak di perut. Sudah pasti perkara ini sangat menganggu penampilan kita. Tapi jangan risau, Mamanet tahu trik menyamarkan lemak di perut, pinggang, paha mahupun di lengan.

 

BERIKUT ADALAH CARA UNTUK MENUTUP LEMAK DI KAWASAN BERBAHAYA

  1. LEMAK DI PERUT

Salah satu solusi menyamarkan segala lemak yang ada, elakkan memakai pakaian yang mempunyai banyak detail pada bahagian perut, drapery atau potongan high waist kerana ia hanya dapat mengarahkan perhatian orang pada perut buncit kita.

 

Selain itu, hindari juga mengenakan jaket berpotongan crop kerana tidak dapat menutupi kawasan perut. Sebaiknya pilihlah pakaian bersiluet longgar. Di samping itu, pilih pakaian bahagian atas yang berkolar rendah atau pemakaian rantai bersaiz besar.

 

Untuk penampilan yang lebih relaks, pilih material pakaian ringan dan gunakan korset pelangsing jika kita tetap mahu mengenakan pakaian yang mengikut bentuk badan.

lemak di perut

  1. LEMAK DI PINGGANG

Jika kita mempunyai banyak lemak dipinggang, elakkan memakai pakaian berpotongan baggy kerana ia akan membuatkan kita nampak lebih gempal.

 

Selain itu, hindari juga memakain pakaian atas yang ketat dan seluar jeans berpotongan low-waist kerana ketika kita duduk, lemak-lemak yang ada di bahagian pinggang akan tertonjol keluar dan boleh mencacatkan penampilan kita.

lemak di perut

 

  1. LEMAK DI PAHA

Bagi kita yang mengalami masalah bentuk paha yang besar, sebaiknya elakkan memakai pakaian yang ketat pada bahagian kaki.

 

Misalnya, seluar berpotongan skinny atau skirt berpotongan pensel. Selain akan membuatkan orang tertumpu melihat bahagian tersebut, pemilihan pakaian yang ketat juga akan membuatkan kita berasa tidak selesa ketika beraktiviti.

 

Sebaiknya jika mahu mengenakan, elok kita pilih yang berpotongan straight, flare ataupun boot-cut. Untuk skirt pula, carilah yang bersiluet lebar seperti skirt jenis A-line.

 

Manakala dress pula, pilihlah yang berpotongan empire dengan bahagian bawah yang berjurai. Supaya menampilan kita nampak lebih seimbang, pilih pakaian yang bermotif meriah atau warna terang yang boleh dipadankan bersama seluar atau kain yang  berwarna gelap. Ia adalah pilihan yang tepat buat kita yang mempunyai lemak berlebihan pada bahagian paha.

flair skirt

 

  1. LEMAK DI LENGAN

Lemak di lengan adakalanya membuatkan kita rasa bingung untuk memilih pakaian yang sesuai.

 

Pemilik lengan besar perlu menghindari pemakaian baju tanpa lengan.

 

Kita boleh memilih pelbagai jenis rekaan lengan baju, tetapi pastikan potongan lengannya tidak melebihi siku. Jenis pakaian sebegitu akan membuatkan lengan kita nampak lebih besar.

lemak di perut

 

Itulah beberapa cara menyamarkan lemak di perut dan beberapa bahagian badan kita. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketak kerana ia akan membuatkan bahagian tubuh yang gemuk kelihatan semakin gemuk!