SOS SAMYEANG KOREA PEDAS BERAPI HANYA DI DOMINO’S PIZZA

Baru-baru ini gempar dengan cerita Pizza pedas berapi daripada Domino’s Pizza. Apa lagi kalau bukan Pizza Tuna Samyeang, Pizza Ayam Samyeang dan Pizza Daging Samyeang serta Kepak Ayam Haseyo yang dibakar sempurna dan disaluti sos Samyeang. 

Jadi, apa pula yang terbaru? Anda tentu teruja bila Domino’s Pizza memperkenalkan Sos Samyeang yang boleh dibawa pulang! Boleh makan dengan apa-apa sahaja dan boleh digunakan sebagai sos dalam masakan. Ya, inilah berita tergempar kali ini.

sos samyeang

Tak ada selera sebab tak ada sambal. Nah, tak payah susah nak menumis sambal, gunakan sahaja sos pedas Samyeang ini. Pendek kata, lagi pedas, lagi sedap! Sekali rasa pasti nak lagi. Paling mengujakan bila sos ini mampu membuatkan kita rasa nak makan lagi dan mencicah lagi, Itulah penangan Sos Samyeang!

Jom, ikuti pengalaman team Mamanet bila berpeluang menikmati sendiri sos Samyeang ini.

sos samyeang

 

Sos Samyeang Memang Luar Biasa!

Anda memang perlu cuba Sos Samyeang ni sebab sos ini bukan setakat sesuai untuk makan pizza sahaja, tetapi ia boleh menjadi penambah rasa dalam masakan seperti mi goreng, ikan bilis pedas, ayam masak merah dan bawal tiga rasa. Tak perlu guna cili giling atau cili api!

Kami sudah menikmati sendiri menu masakan tersebut yang mengunakan sos Samyeang ini.  Memang terangkat. Apatah lagi bila menjelang bulan puasa nanti. Tentu kita mahukan makanan pedas untuk membuka selera waktu bersahur dan berbuka.

sos samyeong

Ikan Bilis Goreng Pedas

sos samyeang

Ayam Masak Merah

Bawal Tiga Rasa

Bukan itu saja, sos Sayeang boleh dijadikan pencicah keropok lekor, cucur udang atau buah-buahan seperti mangga muda atau jambu air. Memang meleleh air liur dibuatnya. Serius sedap dan pedas sangat! Kalau tak tahan pedas berapi, campur sedikit gula, selesai masalah!

Harganya cuma RM19.90 untuk tambahan set dan kalau beli secara ala carte RM24.90. Anda  boleh dapatkannya di semua cawangan Domino’s Pizza.

Belum Cuba Pizza Samyeang?

Bagi yang belum pernah rasa sos Samyeang ni, cubalah dulu makan Piza Samyeang. Kalau anda ‘hantu pedas’, anda pasti akan jatuh hati dengan Sos Samyeang ini. Kebetulan kami memang hantu pedas, jadi memang teruja sangatlah dengan kemunculan perisa baru Pizza Samyeang, Kepak Ayam Haseyo dan Sos Samyang ni.

Jadi, untuk lebih jimat, pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deal untuk menikmati Piza Samyeang. Harga bermula daripada RM33 untuk 2 pizza regular, RM55 untuk 2 pizza besar dan RM77 untuk pizza ekstra besar. Manakala Piza Samyeang bersaiz personal ditawarkan pada setiap hari Selasa dalam Super Tuesday dengan tawaran harga bermula serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter.

Samyeang Tuna Pizza

Samyeang Chicken Pizza

Samyeang Beef Pizza

sos samyeang

Kepak Ayam Haseyo

Jom tengok VIDEO PIZZA SAMYEANG NI! KLIK SINI!

Cabaran Memasak Menggunakan Sos Samyeang!

Suka memasak dan kreatif menggunakan bahan-bahan terkini? Jom, sertai cabaran #Samyeangkan

1. Dapatkan Sos Samyeang kemudian jadikan ia sebagai bahan dalam masakan anda. Tidak kira apapun resipi masakan anda yang penting kena ada sos Samyeang.
2. Kongsikan resepi masakan anda dengan menggunakan sos Samyeang tadi dan letakkan hashtag #samyeang #samyeangkan dalam facebook dan instagram anda! Jangan lupa setkan akaun anda ke public!
3. Cabaran #Samyeangkan akan tamat pada 26 April 2018 pada jam 11.59pm
4. Setiap penyertaan yang kreatif akan memenangi Domino’s Pizza bernilai RM200.

Untuk dapatkan sos Samyeang Domino’s Pizza, anda boleh tempah secara online di http://www.dominos.com.my/  atau call 1300-888-333 untuk membuat pesanan.

#samyeang #samyeangkan

sos samyeang

Laman web www.dominos.com.my
Facebook  www.facebook.com/DominosMY
Instagram  www.instagram.com/dominosmy