SUAMI CURANG, TETAPI KENAPA ISTERI TAK MINTA CERAI?

Suami curang, dunia anda terasa gelap gelita. Adakah perpisahan sebagai jalan terbaik? Namun, bukan semua wanita akan membuat keputusan seperti itu. Ada sebahagiannya yang lebih rela untuk bertahan, sambil terus berdoa dan berharap agar ikatan perkahwinan yang terbina selama ini dapat diselamatkan.

 

Mungkin bagi kita yang tidak pernah mengalami saat getir dan kepedihan apabila suami curang, pasti akan mengatakan, “Buat apa nak jadi perempuan bodoh yang terus bertahan pada lelaki yang tidak setia atau tidak berguna seperti itu.Buang masa. Bercerai jer!”
Jangan sewenang-wenangnya menghakimi mereka yang perkahwinannya sedang dilanda badai akibat kecurangan suaminya. Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang bersalah, dan siapa yang tidak.
Sebagai orang luar atau orang terdekat, usah keruhkan lagi keadaan. Sebagai isteri yang sudah dikhianat, namun memilih untuk terus bertahan mereka pasti punya alasan yang tersendiri.
Lagipun, masyarakat kita masih menganggap pencerian itu merupakan hal tabu. Amat memalukan dan mengaibkan.
Disebabkan itulah ramai wanita yang memilih untuk mempertahankan ikatan perkahwinan mereka  walaupun kesetiaan mereka telah dihancurkan oleh suami mereka sendiri.

BACA: SEKS HEBAT WAKTU MALAM PILIHAN WANITA

LIKE & SHARE MAMANET

 

suami curang

 

BERIKUT BEBERAPA ALASAN KUAT YANG MENJADIKAN SEORANG WANITA BERGELAR ISTERI TETAP BERTAHAN MESKIPUN TAHU SUAMI CURANG:

 

  1. TERLALU MENCINTAI

Perasaan cinta yang lahir dari hati terlalu suci sehingga ada di antara para isteri yang sanggup mempertahankan hubungannya.

Perasaan cinta yang mendalam inilah yang adakalanya membuatkan wanita rela berkorban jiwa dan raga, walaupun hatinya telah dilukai sehabis-habisnya!

suami curang

  1. TAK SANGGUP PIKUL TITLE “JANDA”

Alasan status janda yang dipandang kurang manis atau nampak teruk ini membuatkan ramai wanita yang bergelar isteri sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan ikatan perkahwinannya.

Walaupun sang suami secara terang-terangan berlaku curang, namun mereka tidak sanggup untuk mengakhiri ikatan yang terbina dengan penceraian.

Status janda amat sukar untuk ditelan bagi sesetengah wanita, terutama bagi mereka yang pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu.

suami curang

 

  1. INGIN MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA

Penceraian dianggap terlalu mengaibkan dan boleh memberikan kesan buruk (malu) bagi seluruh ahli keluarga. Memang ramai wanita yang merasakan begitu, lebih-lebih lagi jika mereka dilahirkan dalam sebuah keluarga besar, kurang berada ataupun ada ahli keluarga yang bermasalah.

Di samping itu, masih ramai wanita yang sudah bersuami namun masih perlu menanggung atau membantu keluarganya sendiri. Jadi, membuat keputusan untuk bercerai walaupun suami curang dirasakan tidak akan meringankan beban mereka.vSebaliknya akan mendatangkan pelbagai masalah baru pada keluarga. Disebabkan itulah, meraka sanggup makan hati berulamkan jantung!

suami curang

  1. DEMI ANAK-ANAK!

Anak-anak yang masih kecil dan perlukan perhatian serta perbelanjaan membuatkan ramai wanita yang fikir dua tiga kali untuk bercerai walaupun tahu suaminya telah ada wanita lain dalam hidupnya. Apatah lagi, jika mereka tidak bekerja dan tidak ada sumber pendapatan sendiri.

suami curang

  1. MASIH MENARUH HARAPAN

Kesabaran dan ketabahan wanita harus dikagumi. Hatinya sungguh kebal! Sungguhpun terus dikhianati suami sendiri, namun mereka tetap tabah dan masih mengharapkan serta mendoakan agar suaminya cepat sedar dan kembali semula ke pangkuannya.

Mereka percaya, jodohnya dengan si suami masih panjang dan suatu saat pasti anda sinar kebahagian buat mereka berdua!

suami curang

 

Jika itulah antara alasan-alasan yang dibuat untuk terus bertahan walaupun telah terbukti sang suami curang, anda tidak perlu menangis. Jauh sekali meratap hiba.

Seandainya kecurangan tersebut tidak pernah berhenti, bahkan si suami sengaja mempermainkan perasaan anda, cekalkan hati dan buatlah keputusan yang terbaik. Andai takdirnya anda bercerai,  Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk anda. Sesungguhnya proses perceraian ini adalah sementara. Anda akan kembali pulih selepas beberapa waktu. Kuatkan semangat ya! Tempuhilah saat getir itu dengan tabah.
Semoga artikel suami curang ini bermanfaat. Selemah apapun kita sebagai wanita, kita perlu ada harga diri!