SUGARSCARF TAMPIL KOLEKSI RAYA EDISI TERHAD SHERRY IBRAHIM

KINI PARA WANITA DAPAT BERGAYA DENGAN KOLEKSI RAYA REKAAN EKSKLUSIF UNTUK PENATAAN GAYA HARI RAYA YANG MENGAGUMKAN

 

Sugarscarf, salah satu jenama tudung perintis di Malaysia bekerjasama dengan selebriti tempatan dan pelakon Sherry Ibrahim, untuk melancarkan koleksi Raya eksklusif terbarunya.

 

Bersesuaian dengan namanya, Koleksi Raya Edisi Terhad bersama Bintang Undangan Sherry Ibrahim dilancarkan pada majlis tertutup yang diadakan di gedung utama Sugarscarf di Shah Alam.

 

Ini merupakan kolaborasi pertama buat Sugarscarf bersama Sherry Ibrahim sebagai bintang undangan.

 

Koleksi Raya Edisi Terhad bersama Bintang Undangan Sherry Ibrahim untuk Sugarscarf menampilkan 3 rekaan tersendiri dalam lebih 30 warna, setiap satunya menggabungkan elemen-elemen warna berus yang dipadankan dengan tona warna ceria dan meriah yang digandingkan seiring dengan warna-warna pastel polos yang lembut.

 

Setiap rekaan eksklusif tersebut melambangkan ciri-ciri seorang wanita moden – bergaya, feminin dan mengikut perkembangan fesyen.

koleksi raya

Sherry Ibrahim bersama Eyqa Sulaiman, bercerita tentang koleksi terbaru.

SUGARSCARF SEBAGAI TRENDSETTER DALAM KOLEKSI RAYA HIJAB

 

Nur Atiqah Sulaiman, atau lebih dikenali dengan nama Eyqa Sulaiman, Pengasas Sugarscarf berkata, “Kami berasa amat berbesar hati atas kesudian Sherry Ibrahim untuk berkolaborasi sebagai bintang undangan untuk koleksi Raya tahun ini. Beliau menjiwai seorang wanita yang bergaya dan moden – kualiti yang disukai dan sering kita lihat pada hari ini.”

 

Katanya lagi, “Saya membayangkan motif abstrak yang sekata tetapi tetap tampil moden kerana ia begitu versatil dan boleh dipadankan dengan apa jua pakaian dengan begitu senang sekali. Tona warna yang dipilih untuk koleksi ini adalah berdasarkan emosi yang mampu mencerminkan personaliti seseorang.”

 

“Sugarscarf sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat para pelanggan dengan membawakan idea-idea baharu. Kami turut berbangga kerana menjadi ‘trendsetter’ dalam menghasilkan koleksi hijab terbaik buat setiap wanita tanpa mengira usia dan Sherry telah menjadi rakan kolaborasi yang baik dalam mencapai matlamat kami,” akhirinya.

koleksi raya

KOLEKSI TERHAD EDISI RAYA HANYA ADA 100 HELAI UNTUK SETIAP REKAAN

 

“Melihat idea yang dijana bertukar menjadi realiti menjadikan saya betul-betul bangga. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sugarscarf kerana berkolaborasi bersama saya sebagai bintang undangan untuk koleksi ini,” kata Sherry yang begitu teruja.

 

Tambahnya lagi, “Saya tidak mahu berpegang kepada rona warna tertentu kerana saya mahu setiap rekaan itu mencerminkan sisi unik personaliti seseorang. Fikirkan bintang yang bersinar, unikorn, keindahan pelangi, kisah-kisah dongeng dan kebahagiaan selamanya!”

 

Pada majlis pelancaran tersebut, Eyqa Sulaiman telah mengendalikan satu sesi tentang penggayaan hijab bersama Sherry Ibrahim yang memaparkan rekaan dan gaya untuk koleksi yang baru dilancarkan itu.

koleksi raya

 

Selain Koleksi Terhad Edisi Raya tersebut, Sugarscarf turut memperkenalkan Koleksi Hari Ibu pada majlis pelancaran itu. Koleksi ini diperbuat daripada fabrik chiffon crepe klasik yang diperhalusi melalui fabrik paling berkualiti. Kaum wanita kini boleh bergaya dengan  fesyen ‘mix-and-match’ menjelang Hari Raya nanti.

 

Setiap helai didatangkan dalam rekaan selendang ataupun segiempat bawal serta tentunya semi-instant Madison yang popular disertakan bersama anak tudung yang siap dipasangkan bersama selendang. Koleksi ini membolehkan setiap sisi pemakainya untuk kelihatan elegan dan penuh bergaya.

 

Selain itu, rakan-rakan media turut diberi peluang untuk menonton video eksklusif berdurasi 3-minit mengenai travelog Sugarscarf di Bali bersama Sherry Ibrahim. Episod pertama telah ditayangkan pada majlis pelancaran tersebut, dan orang ramai boleh menonton travelog yang berbaki empat episod di laman YouTube Sugarscarf: www.youtube.com/user/MySugarscarf.

 

 

Koleksi Raya Edisi Terhad bersama Bintang Undangan Sherry Ibrahim untuk Sugarscarf direka khas buat kaum wanita yang ingin kelihatan cantik dan menyerlahkan gaya elegan yang bersesuaian dengan citarasa pemakai hijab hari ini.

 

Disediakan secara eksklusif untuk musim Raya ini, harga untuk koleksi ini bermula daripada RM99 ke atas. Koleksi boleh didapati di butik-butik Sugarscarf dan boleh dibeli secara atas talian di www.sugarscarf.com.