4 SEBAB KENAPA RAMAI WANITA SUKA PAKAI TUDUNG HITAM

SUKA PAKAI TUDUNG HITAM? ADA BANYAK KOLEKSI? TIDAK DISANGKAL LAGI WARNA HITAM MENJADI SALAH SATU WARNA YANG CUKUP POPULAR DAN AMAT DISUKAI OLEH RAMAI TERMASUKLAH WANITA BERHIJAB.

 

Warnanya yang simple dan neutral membuatkan para hijabers menyenangi. Lagipun pemilihan warna yang tepat seperti tudung hitam ini akan membuatkan wajah nampak lebih berseri-seri sehingga kita akan berasa lebih selesa dan yakin walaupun berhijab.

 

Malahan ia  juga akan membuatkan mood kita menjadi lebih baik. Di samping itu, pemakaian tudung hitam juga mampu menciptakan kesan rahsia dan misteri yang amat disukai oleh ramai wanita!

tudung hitam

 

BERIKUT BEBERAPA ALASAN WANITA MENYUKAI TUDUNG HITAM:

 

  1. SENANG NAK MATCHING

Tudung hitam boleh menjadi peneutral dan amat sesuai digayakan  dengan warna-warna terang.

 

Selain itu, warna hitam juga boleh  meneutralkan pakaian yang bermotif meriah. Boleh dikatakan hampir semua warna pakaian sesuai untuk dipadankan dengan tudung hitam.

 

Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai banyak pakaian yang berwarna-warni, sudah tentu tudung hitam ini akan membantu kita dalam melakukan ‘mix and match’.

tudung hitam

 

  1. TAK NAMPAK KOTOR

Banyak kelebihan apabila kita memilih tudung berwarna hitam ini. Selain tidak mudah nampak kotor, kita juga boleh  bermain-main dengan warna tudung hitam dengan motif polkadot, flora ataupun abstrak.

 

Adalah lebih menarik jika kita memilih tudung berwarna hitam yang polos dengan menambah aksesori yang berwarna-warni supaya penampilan kita nampak lebih seimbang.

tudung hitam

 

  1. NAMPAK CANTIK DAN ELEGAN

Warna hitam adalah warna yang menonjol dan mampu membuatkan kita nampak lebih elegan.

 

Jadi, sebagai wanita yang ingin nampak cantik, anggun dan ada ‘kelas’, sudah pasti memilih tudung hitam sebagai warna favourite.

tudung hitam

 

4MEREDAKAN STRESS

Pemilihan tudung berwarna hitam dikatakan juga dapat membantu meredakan stress. Ini adalah kerana sifatnya yang menyerap segala sesuatu termasuk energi negatif.

tudung hitam

 

Apapun tudung berwarna hitam adalah item fesyen yang wajib kita miliki dalam almari. Ini adalah kerana tudung hitam ini dapat menyelamatkan penampilan kita dengan perpaduan belbagai warna, motif atau detail rekaannya.