BERGEMBIRA BERSAMA DUYUNG DI SUNWAY LAGOON SEMPENA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah sudah bermula. Ayuh, bergembira dan rasai keseronokkan gelombang ikan duyung di Sunway Lagoon Mermaids Alive merupakan daya tarikan terbaru Sunway Lagoon, sempena cuti sekolah ini.

Tentu ramai yang akan rasa teruja untuk melihat sendiri kemunculan ikan duyung, bertubuh separuh manusia ini. Semuanya bermula pada hari Sabtu, 23 March sehingga 31 March, 2019.

Sunway Lagoon

Pelbagai Aktiviti Menarik
Ada banyak aktiviti menarik menanti pengunjung. Anda yang membawa keluarga, terutama anak-anak kecil pastinya lebih seronok. Ada sesi beramah mesra secara langsung bersama ikan duyung , make over dan juga berenang bersamanya.

Untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun pula boleh join Titan Scuba Asia untuk mengetahui bagaimana mereka boleh bernafas di bawah air dengan peralatan skuba.Selain itu, ada aktiviti Mini Golf, Aqua Volley dan Tic Tac Toe yang pastinya akan menarik perhatian anak-anak kecil juga!

Bila dah sampai ke sana jangan lepaskan peluang untuk sesi Meet & Greetings Clown Walkabout Characters, Kapten Quack & Lady Quack, SpongeBob & Patrick di Pirates overlay! , Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer dan sahabatnya, Boots yang akan membuat penampilan istimewa untuk semua pengunjung.

Cenderahati Eksklusif Mermaids
Anda juga boleh mendapatkan cenderahati eksklusif mermaids seperti mermaids keychain, mermaids T-shirt ikan duyung, ikan duyung ikan duyung ikan hias, MER-licious Ice Cream Treat dari I Scoop 4 U ais krim dan Oceanie Slushie, minuman bertema duyung dari Chill Lah yang beroperasi di Surf Beach.

Bagi pengunjung yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di daratan akan berpeluang untuk memenangi baucar tunai RM30 dari GEM Studio, baucar tunai RM20 dari Havanians dan baucar 50% untuk kursus berenang Mermaid.

Bersempena dengan Mermaids Alive! juga Sunway Lagoon turut menawarkan pakej keluarga dengan harga yang berpatutan serta menjimatkan iaitu pakej FAMFUN atau pakej 4-Go-Go.

Nak tahu lebih lanjut, hubungi
Sunway Lagoon di + 603-5639 0000, layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

(Visited 6,607 times, 1 visits today)