KEJARLAH KEHEBATAN DENGAN SUSU FERNLEAF DALAM PEK MUDAH DIBAWA

Sempena pelancaran susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru, Fernleaf menggalakkan warga Malaysia untuk mencapai kehebatan masing-masing dengan disokong oleh semangat pasti-boleh dan 100% kebaikan susu dari New Zealand.

 

Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia sewaktu pelancaran produk baru menjelaskan bahawa setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing. “Sama ada sampai ke tempat kerja tepat pada masa, mendukung anak anda atau mengangkat barangan yang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah, kita memerlukan daya mental dan fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan harian!” Ong berkata.

 

“Dengan kebaikan susu 100% di mana-mana sahaja anda berada, Fernleaf berharap untuk menggalak warga Malaysia dalam mengejari kehebatan setiap hari, terutamanya sewaktu bekerja atau meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga,” tambahnya.

 

Susu Fernleaf yang kini disediakan dalam pek UHT baharu dan mudah adalah sesuai untuk seisi keluarga. Dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium, susu ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana-mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan masing-masing.

FERNLEAF

Fernleaf Komited Ke Arah Kecemerlangan Tenusu

Ketika menjelaskan tentang sumber dan pengeluaran susu Fernleaf, Ong berkata: “Ramai pengguna tahu bahawa susu Fernleaf berasal dari New Zealand. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa Fernleaf disokong oleh rangkaian yang besar yang komited ke arah kecemerlangan tenusu. Syarikat induknya, Fonterra, merupakan syarikat nutrisi tenusu global yang dimiliki oleh 10,500 peladang dan keluarga mereka yang disatukan dengan matlamat bahawa kecemerlangan tenusu dapat membawa perubahan”.

 

Ong menjelaskan bahawa Fonterra yang berkembang pesat meliputi empat buah benua memiliki persamaan dalam standard mutu tenusu mereka yang ketat. Komitmen inilah yang menjadikan Fernleaf, jenama susu tepung keluarga No. 1 di Malaysia sebagai Trusted Goodness™ para ibu Malaysia untuk keluarga mereka.

 

“Sepanjang 30 tahun yang lepas, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang-ladang kami di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan nutrien yang menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

 

“Sama seperti para peladang Fonterra yang menyokong kebaikan susu untuk memperbaiki kehidupan, Fernleaf percaya dengan kuasa tenusu New Zealand tulen untuk membawa perubahan dalam membina Malaysia yang lebih sihat,” Ong menambah.

 

Untuk menggalak rakyat Malaysia dalam mencapai kehebatan, Fernleaf menjemput warga Malaysia tidak kira umur untuk menyertai acara pendakian yang pasti dapat meningkatkan semangat mereka. Cabaran pendakian dinding dan aktiviti menarik lain menanti di LG Oval, Pusat Membeli-belah 1 Utama dari 10 hingga 14 Januari – jadi sertailah warga Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menangani cabaran ini!

 

Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga anda, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand memastikan anda 100% bersedia untuk mencapai kehebatan! Susu ini didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.

 

Susu UHT Fernleaf didapati dalam tiga pilihan yang lazat – penuh krim, rendah lemak dan coklat – untuk memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga.

FERNLEAF

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fernleaf, layari dan ‘LIKE’ Facebook  Fernleaf untuk kemas kini yang terbaru.

BACA: RESEPI KEK MARBLE SUSU SEDAP GEBU

(Visited 7 times, 1 visits today)