SYSTEMA LANCAR KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN GUSI 1 JUTA GUMBATTE 2019

Kempen Kesedaran Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019 yang dianjurkan oleh Systema adalah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik.

Di samping itu, matlamat yang diperjuangkan adalah untuk memberikan motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun ke atas. Kempen ini juga mengambil semangat daripada perkataan Jepun “Ganbatte” yang membawa maksud “anda boleh melakukannya”. Ia sekaligus menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga kesihatan gusi dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.

kesihatan gusi

 

Sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan

Kempen yang berlangsung di pusat membeli belah 1 Utama, Bandar Utama ini telah dilancarkan oleh Dr. Norliza Mohamed bersempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan.

Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat tidak penting berbanding kesihatan umum yang lain. Sikap seumpama ini perlu diubah.

“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dan serangan jantung, diabetis, dan terbaru Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.”

“Kempen Kesedaran Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang tentang bagaiman perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang boleh diperoleh secara serta merta,” tambah beliau lagi.

Sekiranya anda tidak pasti adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi, layari laman web gumhealthcheck.com bagi mendapatkan kepastiannya. Penilaian dalam talian yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Doktor Pergigian Malaysia ini adalah PERCUMA dan boleh membantu anda mendapatkan gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat.

kesihatan gusi

 

Gigi Kuat, Gusi Sihat

Menurut Pengurus Besar Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo, usaha meningkatkan kesedaran tentang kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula daripada gusi yang sihat. Systema adalah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan mempunyai warisan penjagaan oral selama lebih 120 tahun, hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik.

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi di dalam poket gusi.

“Memandangkan rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial, jadi sebab itulah kami memilih untuk bekerjasama dengan pasangan artis iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini.

kesihatan gusi

Masalah Penyakit Gusi

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya.

“Kesederan terhadap penyakit gusi memang serius dan berpontesi memberikan impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang normal. Kita perlu mengenalpasti tanda-tanda dan simptom penyakit gusi. Jika ada yang tak kena, perlu segera pendapatkan rawatan.”

Beliau turut memberitahu bahawa ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan.

Jangan lupa pantau kesihatan oral ataupun kesihatan gusi anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com

Anda juga disarankan berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

(Visited 8 times, 1 visits today)