Tabayyun dahulu sebelum hebah

TabayyunTabayyun dahulu sebelum hebah.

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi di jalan Allah, maka lakukanlah tabayyun…. Oleh itu, tabbayyunlah (apa juga lebih dahalu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.

(Surah An Nisa: 94)

Maksud tabayyun (tabayyana – siasat/selidik) dalam ayat tersebut boleh dilihat antara lain adalah mencari kejelasan hakikat atau kebenaran suatu fakta dengan teliti, saksama dan hati-hati. Perintah untuk tabayyun merupakan perintah yang sangat penting, terutama pada akhir-akhir ini dengan kehidupan antara sesama umat sering dicemburui prasangka. Demikian petikan daripada wacana Prof Dr. Marzani Anwar di dalam blognya.

Allah memerintahkan kita agar hati-hati dan mengharuskan untuk mencari bukti berkaitan dengan isu mengenai suatu tuduhan atau yang melibatkan maruah seseorang atau institusi. Mutakhir ini begitu mudah menyebar sikap prasangka negatif terhadap sesuatu perkara, individu, institusi mahupun kelompok, bangsa atau negara.

 

Tidak tabayyun kerana prasangka negatif

Jelas kebodohan atau kedangkalan ilmu seseorang apabila ia berprasangka tanpa meneliti duduk perkaranya. Menilai orang lain hanya berdasar pada sangkaan-sangkaan negatif atau isu-isu yang beredar atau bisikan orang lain.

Sikap sebegini adalah tidak tabayyun, atau tidak mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi. Perintah tabayyun atau mendalami masalah, merupakan peringatan, jangan sampai umat Islam melakukan tindakan yang menimbulkan dosa dan penyesalan akibat keputusannya yang tidak adil atau merugikan pihak lain. Tidak tabayyun juga bererti tidak taat perintah Allah seperti dalam firman-NYA yang bermaksud:

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Surah Hujarat, 49: 6)

 

 

Media Sosial Cara Pantas dan Mudah Salur Informasitabayyun

Bayangkan, Allah sudah menurunkan ayat Tabayyun ini sejak sebelum 1400 tahun yang lalu. Ertinya perintah Tabayyun ini sangat relevan sepanjang zaman hingga akhirat. Jika dulu ramai yang hanya menggunakan medium mulut untuk menyampaikan sesuatu yang dihajati atau yang dirancangnya. Kini, segala-galanya lebih mudah. Hanya di hujung jari, jika ada internet dan telefon pintar, sesaat sahaja maklumat sudah berjaya disebarkan.

 

Media khususnya media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Telegram, Wechat, Instagram, Google+ dan sebagainya berkembang dengan terlalu pesat seiring dengan teknologi.  Kesannya terlalu banyak berita yang diterima sehingga penerima sukar memilih antara berita yang tepat atau sebaliknya. Rata-rata pengguna media sosial atau netizen gemar memilih berita sensasi yang mengenakan orang lain. Semakin ramai yang berkongsi, semakin virallah jadinya.

Bersambung esok: Dosa di atas sofa

Leave a Reply