TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP CARA MUDAH AJAR ANAK MENABUNG

Sediakan payung sebelum hujan! Menabung, selain berguna untuk masa depan, kebiasaan menabung turut mampu membentuk keperibadian anak! Sebagai ibu bapa kita perlu mendidik atau mengajar anak menabung sejak kecil. Justeru, ini ada berita baik. PPZ-MAIWP telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat bagi mendidik anak-anak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat.

Tabung Didik Zakat ini boleh dijadikan tempat menyimpan duit terbaik ,selain daripada disimpan di bank-bank dan sebagainya. Menabung dalam Tabung Didik Zakat ini mampu menggalakkan kanak-kanak belajar menguruskan perbelanjaan.

tabung didik zakat

Tabung Didik Zakat Ppz-Maiwp

Tabung didik ini merupakan salah cara untuk mendidik generasi muda ‘alert’ dengan zakat. Menunaikan zakat itu merupakan satu tuntuan Allah s.w.t kepada seluruh umat Islam yang telah cukup syarat-syarat berzakat. Dengan mendidik dan memperkenalkan cara menjaga kewangan yang baik serta kewajipan berzakat, insya-Allah anak-anak ini akan membesar menjadi peribadi yang lebih bertanggungjawab, menghargai duit dan sentiasa bersyukur.

Ibu bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana -mana kaunter zakat PPZ-MAIWP.  PU Azman telah dilantik sebagai duta bagi memperomosikan Tabung Didik Zakat ini.

 

Objektif Tabung Didik Zakat

Mendidik anak-anak pembayar zakat yang berumur 18 tahun ke bawah agar biasa dengan zakat. Jadi, apabila mereka telah bekerja dan mempunyai pendapatan kelak, mereka akan segera menunaikan zakat tanpa culas.

tabung didik zakat

Bagaimana Ingin Dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?

* Buka akaun zakat dengan serendah RM 10

* Ibu bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana -mana kaunter zakat PPZ-MAIWP.

* Tabung Didik Zakat akan diberikan secara percuma!

 

PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT

Untuk maklumat lanjut, layari www.zakat.com.my atau hubungi talian 1 300 88 5757

Jadi, ajarlah anak-anak anda menabung sejak kecil lagi.

 

SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT

#tabungdidikzakat

#sicilikcelikzakat

#menabunghinggaberzakat

#mulakanzakatdiusiamuda

(Visited 17,353 times, 1 visits today)