PAMERAN INOVASI HEBAT DI TAIWAN EXCELLENCE PAVILION

Baru-baru ini Taiwan Excellence Pavilion telah mengujakan kembali rakyat Malaysia dengan penganjuran pameran inovasi yang cukup hebat!

 

Penganjuran Taiwan Excellence Pavilion buat kali yang  kedua ini telah berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya  pada 10 hingga 12 November 2017 lalu telah menyaksikan produk-produk keluaran Taiwan yang paling inovatif terutamanya dalam bidang ICT dan sektor kelengkapan rumah.

Taiwan Excellence Pavilion

Taiwan Excellence Pavilion ini diadakan sejajar dengan Taiwan Expo di Kuala Lumpur yang mempamerkan lebih 5,000 produk paling berteknologi dan bermutu dari Taiwan.

 

Negara Taiwan juga terkenal dengan produk-produk teknologi yang berstandard tinggi, kreatif dan canggih. Produk-produk yang dipamerkan telah dianugerahkan Taiwan Excellence – pencapaian tertinggi bagi produk-produk Taiwan yang paling inovatif dan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk lah R&D, rekaan dan mutu.

Taiwan Excellence Pavilion

Pameran Inovasi Taiwan Excellence Telah Diiktiraf Oleh 101 Negara

 

Para pengunjung yang datang ke pameran inovasi tersebut turut berpeluang melihat produk-produk ICT yang berjenama termasuk Asus, MSI, Acer, dan Adata. Selain itu, terdapat pelbagai jenis produk gaya kehidupan termasuk basikal lipat Pacific, barangan penjagaan peribadi, kelengkapan penambahbaikan rumah serta peralatan senaman.

Taiwan Excellence Pavilion

 

Matlamat utama Taiwan Excellence Pavilion adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara Taiwan dan Malaysia menerusi kerjasama dalam pelbagai sektor. Selain mempromosikan industri-industri di Malaysia dan meningkatkan imej Taiwan dalam rantau ini.

 

Hala tuju ini sangat relevan kerana Taiwan turut menjadi sekutu dagangan yang kelapan terbesar serta pasaran eksport yang kesembilan terbesar bagi Malaysia, sekaligus menjelaskan kepentingan negara kita untuk menjana minat pengguna dalam produk-produk Taiwan.

Taiwan Excellence Pavilion

“Kami berasa sangat teruja untuk menganjurkan Taiwan Excellence Pavilion buat kali yang kedua. Kami sekali lagi berpeluang untuk membawa segala yang terbaik dari Taiwan ke Malaysia untuk sekian kalinya,” jelas Walter Yeh, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) tanpa berselindung.

 

“Kesungguhan dan motivasi kami telah meletakkan Taiwan di kemuncak inovasi. Seterusnya kami mampu mempertingkatkan kualiti kehidupan para pengguna danbmenyokong perniagaan dengan membekalkan produk-produk yang mencerminkan budaya inovasi teknologi serta rekaan canggih kami,” jelas beliau lagi.

 

“Taiwan Excellence Pavilion turut memberi peluang kepada kami untuk terus membina dan mengukuhkan kerjasama serta perniagaan di Malaysia,” tambah Yeh.

 

BACA: MENGGAMIT CINTA DI SYURGA LIBURAN MELAKA BUMI BERSEJARAH