4 Tanda Lelaki Curang Yang Perlu Anda Alert!

Tanda lelaki curang

Awas! Suami anda mungkin ada kekasih lain.

Tanda Lelaki Curang. Mamanet tahu, tentu ramai yang nak tahu tanda atau petunjuk yang boleh mengambarkan lelaki yang anda cintai sedang berlaku curang!

Memiliki sebuah keluarga yang harmoni sudah pasti menjadi impian setiap wanita yang sudah mendirikan rumahtangga. Keharmonian tersebut hanya akan tercipta apabila anda dan suami saling mempercayai serta menjaga kesetiaan masing-masing.

Sebagai isteri, tentulah anda ingin mengetahui apakah suami anda setia orangnya.Untuk itu, jom kenali tanda lelaki curang.

Berikut beberapa tanda lelaki curang yang sudah Mamanet kenal pasti:

  1. Sikap Si Dia Tiba-Tiba Berubah

Sebelum ini sikap suami biasa-biasa sahaja terhadap anda. Namun, kebelakangan ini sikapnya agak luar biasa. Si dia mula menunjukkan cinta yang berlebihan terhadap anda. Anda patut berasa curiga, dan dapatkan kepastian daripadanya. Adakalanya perubahan tersebut hanyalah untuk menutupi kesalahanhya yang telah berlaku curang pada anda.

 

  1. Mula Cakap Berbelit-belit

Aktiviti harian si dia memang terlalu padat, terutama berkaitan dengan pekerjaannya. Namun, ketika pulang lewat malam suami anda mula memberikan jawapan yang tidak masuk akal ataupun berbelit-belit apabila diajukan soalan. Perubahan sikap suami anda semakin sukar untuk anda fahami dan ianya boleh menjadi tanda besar lelaki curang atau mula bermain kayu tiga dengan anda.

 

  1. Kehangatan Semakin Berkurangan

Jika dahulu si dia sering memberikan pelukan atau ciuman sayang pada anda. Namun, kini semuanya sudah

Tanda lelaki curang

Tingkah laku luar biasa mungkin boleh menjadi petunjuk kepada tanda lelaki curang.

berubah dan ia mungkin disebabkan faktor emosi sang suami semakin kurangkan kerana wanita lain. Sebelum anda berterusan berasa curiga, ada baiknya anda bertanya pada suami anda kenapa dia mulai berubah dan kurang mesra melayani anda.

 

  1. Tidak boleh berenggang dengan Handphone

Dulu si dia memang tak pernah kisah tentang handphone tapi sekarang dah lain. Kejap-kejap sang suami tengok atau periksa handphone. Takut sangat jika anda membaca atau melihat mesej atau whatsapp yang diterimanya. Bahkan ketika menerima panggilan seseorang, si dia cuba menjauhkan dirinya seolah-olah tidak ingin anda tahu apa yang sedang dibualkan.

Jika anda telah mendapat bukti sahih bahawa suami anda betul-betul berlaku curang terhadap anda, cubalah tenangkan fikiran anda dan bertenang. Jangan buat keputusan di saat hati anda sedang meledak-ledak marah. Bawalah berbincang dengan rasional, tanpa ada maskud untuk terus menghakiminya.

Biarkan suami anda menjelaskan secara terperinci setiap perbuatan yang telah dia lakukan terhadap anda. Selepas itu, barulah anda pertimbangkan apa langkah anda yang seterusnya.

  • Ikuti sambungan artikel ini mengenai “Bila suami curang, apa anda perlu buat?”
(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply