Tanda-Tanda Menopaus Yang Perlu Dikenal Pasti

tanda-tanda menopaus

Kredit: homeremediesweb

TANDA-TANDA menopaus perlu kita ketahui kerana ia merupakan sebuah proses penuaan yang semula jadi. Seorang wanita akan mengalami menopaus biasanya terlebih dahulu mengalami fasa pra-menopaus.

Menopaus adalah satu momen di mana wanita tidak mengalami haid atau menstruasi. Umumnya gejala-gejala menopaus terjadi pada wanita yang berumur  sekitar 45 hingga 55 tahun. Ini adalah kerana ovarium sudah mulai berhenti mengeluarkan hormon estrogen.

 

Berikut adalah antara tanda-tanda menopaus yang mudah dikenalpasti dari seorang wanita yang menghampiri saat menopaus ataupun sudah menopaus:

 

1.Pendarahan

Anda wanita yang mendapat tanda-tanda menopaus melalui pendarahan. Itulah salah satu sebab sebahagian daripada wanita menganggap proses menopause adalah saat yang paling mengerunkan.

 

Pendarahan menjadi tidak teratur, sepertimana ketika datang period. Ini adalah kerana ovarium mula mengalami proses peralihan, perubahan fizikal dan mental yang dialami disebabkan turun naiknya hormon estrogen dalam tubuh.

 

 

  1. Darah Haid Mula Berkurangan

Seorang wanita boleh dianggap sudah mencapai menopause jika tidak datang haid atau period selama setahun ataupun 12 bulan, daripada tarikh terakhir dia datang haid.

 

Period yang tidak teratur juga merupakan tanda-tanda menopaus yang paling jelas bagi seorang wanita yang telah mencapai masa menopause terutama jika kita sudah mencecah usia di atas 50 tahun.

 

  1. Cepat Penat & Mood Sentiasa Berubah
    tanda-tanda menopaus

    Kredit: Royalty-Free/Corbis

Disebab kadar hormon menurun, tahap energi pun menurun. Ketika memasuki fasa menopaus, kita akan berasa cepat penat dan lemah tanpa sebab.

 

Di samping itu juga, ramai wanita yang mengalami perubahan mood, di mana mereka akan cepat marah, melenting, sedih dan sebagainya. Ada juga yang berasa tertekan akibat pengaruh menopause.

 

 

  1. Vagina Kering

Vagina mengalami kekeringan. Ini adalah kerana disebabkan kadar estrogen mengalami penurunan sehingga jaringan pada vagina menjadi kering, kurang elastik dan juga nipis.

 

 

Antara Lain Tanda-Tanda Menopaus:

  • Lenguh-lenguh sendi.
  • Kerap sakit kepala.
  • Susah fokus.
  • Berpeluh pada malam hari.
  • Ghairah seks mula berkurangan.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.
  • Kuat berpeluh.
  • Hot flashes, di mana terjadinya rasa panas yang luar biasa pada seluruh tubuh, berpeluh-peluh dan muka nampak kemerahan.

Apakah tanda-tanda menopaus di atas itu kelihatan familiar? Jadi, berhenti risau! Tiada ada penyakit kronik yang sedang menghinggapi anda. Ia hanya perkara biasa yang dilalui oleh hampir keseluruhan wanita termasuk ibu dan nenek anda sebelum ini. Bertenang dan berjumpalah dengan doktor. Ada kaedah terapi penggantian hormon dan pengambilan suplemen yang dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa anda.

Hidup anda akan lebih positif kerana setelah menopaus kelak, anda sudah tidak perlu risau tentang kemungkinan anda hamil atau haid. Anda akan lebih bebas bergerak, beribadah tanpa kekangan haid lagi!

 

LIKE MAMANET DI FACEBOOK

 

 

(Visited 19 times, 1 visits today)