NIKMATILAH TEH AIS THAI YANG SEGAR SERTA KAYA DENGAN RASA TEH SEBENAR

TEH AIS THAI – MINUMAN TEH SEGAR YANG DIPERKAYA DENGAN RASA TEH THAI ASLI DAN DIBAWAKAN OLEH CHILL CHILL. JENAMA INI DIILHAMKAN OLEH PEMILIKNYA YANG TELAH MEMPERKENALKAN BOAT NOODLE DI MALAYSIA.

 

Utara 5 F&B Sdn. Bhd. (U5FB) adalah satu syarikat yang berkembang maju.  Dalam tempoh 36 bulan sahaja, U5FB  membuka 55 cawangan di seluruh negara menerusi jenama milik mereka iaitu Boat Noodle, Chill Chill, MKN dan C&C.

 

Chill Chill mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada mulanya, ia diperkenalkan sebagai minuman teh Thai yang menjadi sebahagian daripada senarai menu di restoran Boat Noddle. Hingga kini sebanyak lima juta cawan teh telah dijual.

chill chill

100 KIOS CHILL CHILL MENJELANG 2018

Pada akhir tahun lalu, Chill Chill telah memperkenalkan model kios. Langkah itu diambil bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati minuman teh Thai kegemaran mereka di kios-kios yang sebelum ini hanya boleh didapati di Boat Noodle.

 

Dalam tempoh sembilan bulan sahaja, jenama yang diinspirasikan Thai ini telah beroperasi di lebih 17 lokasi di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

chill chill

“Saya tidak pernah lupa untuk memulakan hari saya dengan secawan teh tarik segar. Ketika beberapa lawatan pertama yang saya buat ke Thailand, saya telah merasa keenakan Teh Ais Thai (Cha Yen). Sejak daripada itu, ia telah menjadi minuman pilihan saya jika tiada tek tarik,” kata Pengasas U5FB Sdn. Bhd., Tony Lim.

 

Tambahnya lagi, “Keenakan itu membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu memperkenalkan nikmat Cha Yen ini kepada rakyat Malaysia. Saya dan pasukan saya telah bekerja keras untuk menghasilkan ramuan Cha Yen yang sempurna iaitu versi yang lebih ‘kaw’ yang sesuai dengan cita rasa peminat teh tempatan.”

chill chill

Chill Chill telah merancang untuk membina 100 kios di seluruh negara menjelang penghujung 2018. Sementara itu, Chill Chill telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan Brunei, mengikuti jejak Boat Noodle keluar negara. Kejayaan ini selari dengan rancangan perniagaan Chill Chill untuk memasuki Asia Tenggara secara lebih angresif lagi.

 

Ada lebih daripada 31 perisa minuman yang padat dengan rasa, disediakan segar secara individu mengikut pesanan pada harga berpatutan antara RM6.90 dan RM12.90. Anda boleh memilih beraneka jenis ‘topping’ mengikut kegemaran anda seperti  serbuk oreo, jeli kopi, krim putar dan puding mangga.

 

Antara minuman istimewa Chill Chill termasuklah Cha Yen (Teh Thai), Kaffe Yen (Kopi Thai), Cha Keow Yen (Teh Hijau Thai) dan Cha Manao Yen (The Lemon Thai).

 

Jom nikmati teh Thai sepuas-puasnya. Maklumat lanjut di facebook.com/chillchilllah atau intagram.co/chillchill.my

 

#chillchilllah