TEH HIJAU STEA SOLUSI TERBAIK MASALAH BERAT BADAN & KULIT WAJAH

ADVERTORIAL: Membantu mengembalikan keyakinan dan kecantikan semulajadi wanita yang mengalami masalah berat badan dan kulit wajah adalah impian Mastura Mohd Shah,38, pengasas Produk Teh Hijau Stea.

 

Beliau ditemui sewaktu majlis pelancaran Produk Stea, di Hotel Concorde, Shah Alam, baru-baru ini. Orangnya sangat ‘humble’, sentiasa positif dan cukup berpegang teguh kepada prinsip asal sewaktu mula-mula membina empayar perniagaannya itu.

teh hijau stea

“Barakah itulah perkara pertama yang perlu kita sentiasa ada dan jaga apabila kita memasang niat untuk berniaga. Saya percaya tentang kepentingan niat dalam kehidupan ini. Niat merupakan lintasan gerakan hati yang akan mendorong kepada kehendak serta keazaman kita untuk melakukan sesuatu, contohnya berniaga. Jika mahu berniaga, niat kerana Allah S.W.T, insya-Allah kita akan memperoleh barakah itu,” ujarnya terus-terang.

teh hijau stea

Sekitar majlis Pelancaran STEA, Be Gorgeous and Healthy Everyday.

Kurus Dan Cantik Secara Sihat

Bercerita tentang pembabitan awal dalam perniagaan, Mastura bermula setelah dia terpaksa berhenti kerja dan meninggalkan dunia perhotelan yang sudah sebati dalam dirinya selama 12 tahun  apabila perlu mengikut suaminya bertugas di Kuala Terengganu.

teh hijau stea

“Disebabkan pernah bekerja dan pegang duit sendiri, jadi semangat untuk mencari pendapatan sendiri tetap ada. Jadi, berniagalah jalan terbaik. Sebelum jadi macam sekarang, saya pun pernah jual tudung dan pernah buat dropship,” ujarnya.

 

Tambah beliau lagi, “Bermula daripada bawah juga, cuma nasib saya agak baik apabila produk ubat kurus (milik kawan saya) yang saya juga jual itu ‘meletop’. Dalam tempoh sebulan, keuntungan cukup luar biasa, sekitar RM14 ribu membuatkan saya bertukar haluan daripada dropship menjadi agen pula.”

teh hijau stea

“Memang seronok tak terkata. Dan bermula daripada situlah saya memasang angan-angan untuk melahirkan produk sendiri dengan matlamat yang tulus,” ujarnya panjang lebar.

 

Matlamatnya adalah ingin menyedarkan orang  ramai,khususnya wanita yang gagal mengekalkan berat badan bahawa ada cara yang lebih baik, lebih selamat dan lebih sihat untuk kekal langsing ataupun mahu kurus.

 

teh hijau stea

Majlis turut diserikan dengan cabutan nombor bertuah (5) dan kuiz (10) untuk hadirin.

Di samping itu, dengan terlahirnya STEA Beauty iaitu sabun STEA dan serum STEA ini juga, beliau mahu masyarakat sedar tentang betapa bahayanya penggunaan bahan-bahan terlarang di dalam produk kecantikan dan pelangsingan badan di pasaran.

 

“Saya mahu melihat mereka yang mengalami masalah berat badan dan kulit wajah dapat menikmati kesihatan tubuh yang baik dengan menggunakan produk berasaskan bahan semulajadi. Paling penting, tiada kesan sampingan dan halal. Malahan mereka dapat menikmati produk-produk berkualiti dengan harga yang berpatutan,” jelas Mastura, ibu kepada tiga puteri ini.

teh hijau stea

Amylea Azizan, artis jemputan dan juga pengguna Teh Hijau STEA

Cabaran Tetap Ada

Hidup tanpa semangat ibarat pelita tanpa minyak! Suaminya, Ikhmal Kamaruddin dan anak-anak merupakan semangat bagi Mastura untuk berjaya dalam hidupnya.

 

Disebabkan rasa tercabar dengan kata-kata suaminya yang sedikit meragui kemampuannya untuk melahirkan produk STEA (asalnya Teh Hijau sahaja), Mastura terus berusaha bagi memastikan perniagaan yang dibina hasil daripada titik peluhnya ini membuahkan hasil, walaupun dengan bermodalkan RM1500 sahaja pada waktu itu.

teh hijau tea

Kata Mastura, cabaran yang paling utama apabila bekerja sendiri, kena kuat. Lebih-lebih lagi apabila kita ada anak kecil. Memang terkejar ke sana-sinilah. Nak urus bisnes lagi, nak urus rumahtangga, hantar anak sekolah, jemput balik sekolah, hantar anak tuisyen dan sebagainya.

 

“Kena komited dan sabar. Jika kita tidak komited dan sabar, kita akan cepat bosan dan patah semangat. Lagi satu, Elakkan dari kita berfikir dari sesuatu yang boleh melemahkan diri kita. Dengan cara ini kita akan jadi menjadi lebih positif dan terhindar daripada stress,” beritahu Mastura lagi.

teh hijau stea

Suami dan anak-anak adalah pendorong utama kejayaan Mastura pada hari ini.

Dia telah berjaya membeli sebuah rumah dan kereta dalam tempoh setahun dia menjalankan perniagaan tersebut. Bahkan, dia juga mengakui kehidupannya terus berubah 360 darjah!

 

“Syukur Allhamdulillah. Rezeki keluarga dan apa yang saya miliki ini, tak akan buat saya lupa diri. Sebaliknya jadi pembakar semangat saya untuk melihat lebih ramai wanita, khususnya suri rumah untuk sama-sama menceburi bidang perniagaan sebegini. Kita mampu mengubah kehidupan yang mungkin sedikit susah itu kepada yang jauh lebih baik,” tambah Mastura lagi.

 

Sebelum mengakhiri perbualan kami, wanita bersemangat waja ini juga yakin, usaha keras dan sokongan serta doa restu daripada suami tercinta dan juga ahli keluarga akan memberikan hasil yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan.

 

Apa Keistimewaan Stea Dengan Produk Lain?

Kita mungkin sudah tahu mengenai khasiat teh hijau atau green tea biasa tetapi, STEA ini lain daripada yang lain. Cukup istimewa dan banyak rahsia khasiatnya!

teh hijau stea

Ramai yang sudah berjaya menguruskan badan dengan Stea.

STEA GREEN TEA

Teh hijau asli STEA adalah daun teh yang diperoleh daripada sumber berkualiti tinggi dari negara Jepun.

 

Di dalam setiap uncang teh hijau asli STEA juga terdapat serbuk teh hijau yang disebut ‘matcha’. Matcha telah diketahui tentang kebaikan dan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.

 

Apabila kita minum matcha kita minum keseluruhan daun teh hijau dan mendapat 100% khasiat daun teh hijau. Serbuk matcha mengandungi 137 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau biasa.

 

Selain itu, teh hijau STEA ini sesuai dijadikan minuman harian sekeluarga dan sebagai ‘booster’ sebelum melakukan senaman.

teh hijau stea

Antara Kebaikan Yang Terdapat Dalam Teh Hijau Stea Adalah:

  • Mengawal berat badan
  • Meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • Melawaskan masalah pembuangan
  • Membuang kotoran dan toksin dalam badan
  • Mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolesterol
  • Agen anti kemurungan
  • Agen anti penuaan
  • Tinggi anti oksidan
  • Menambah tenaga
  • Menghalang pengumpulan lemak dalam badan

 

STEA Beauty

STEA Beauty adalah produk diformulasi berasaskan teh hijau. Didatangkan dalam bentuk sabun dan serum bagi merawat wajah anda.

 

Di dalam sabun STEA terdapat serat daun teh yang bertindak sebagi skrub setiap kali mencuci muka. Mencuci sahaja tidak mencukupi kerana cucian biasa tidak mampu membuang kotoran yang melekat di dalam pori-pori muka. Serat daun teh mampu membuang kulit mati dan mengeluarkan kotoran di wajah.

 

Serum STEA bertindak sebagi agen merawat wajah rosak anda. Kandungan utamanya terdiri daripada ‘extract’ teh hijau, aloe vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memastikan kesan maksimum kepada setiap pengguna. Teksturnya dalam bentuk gel dan tidak melekit serta memberikan kesegaran pada wajah pada setiap kali menggunakannya.

teh hijau stea

Antara Kelebihan Stea Beauty Adalah:

  • Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
  • Mengecutkan jerawat dengan cepat
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menghilangkan kulit kusam dan kasar
  • Melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak
  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Mencerahkan kulit dan melindung kulit dari sunburn
  • Agen anti penuaan
  • Menanggalkan whiteheads dan blackheads

 

Dapatkan STEA Teh Hijau pada harga RM60 dan STEA Beauty pada harga RM89. Info selanjutnya

Laman web: Stea Beauty

Facebook: STEA Malaysia HQ

Instagram: stea_malaysia_hq

Atau klik SINI

BACA: FUNGSI TEH HIJAU UNTUK KURUS

(Visited 5 times, 1 visits today)