TEH WANGI ROS 888 MEMANG LUAR BIASA NIKMATNYA!

ADVERTORIAL: Apa rahsia dan keistimewaan Teh Wangi Ros 888 ini sehingga mampu menawan cita rasa ramai? Jom kita tengok kenapa teh ini paling laris terjual dan amat digemari khususnya di Kelantan.

 

Faktor utama ialah kerana aroma dari Teh Wangi Ross 888 ini sangat istimewa dan berbau harum. Selain itu, kenikmatan rasanya memang luar biasa. Sama hebat dengan teh-teh berjenama popular lain, mahupun teh-teh import.

 

Setiap teh daripada jenama 888 Tea & Coffee ini mempunyai kepekatan rasa dan aroma unik yang tersendiri. Tehnya juga enak diminum panas-panas walaupun tanpa gula!

Teh Wangi Ros 888

 

Sudah Lama Wujud Di Pasaran

Jenama 888 Tea & Coffee ini dah lama wujud  di pasaran dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada banyak jenis teh yang bernaung dibawah jenama ini, dan ia setiap satunya berbeza. Ada teh yang berasal dari negara India, Sri Langka, Kenya, China dan Indonesia.

Teh Wangi Ros 888

 

Melepasi Pasaran Antarabangsa

Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan pelbagai produk lain yang berada di bawah  jenama 888.

 

Apa yang cukup membanggakan, teh dan kopi dari jenama  888 ini telah dipasarkan secara meluas. Bukan sahaja di Malaysia, malahan turut dieksport negara-negara lain seperti Brunei, Thailand, Singapura, Hong Kong, Taiwan, China dan juga New Zealand.

 

Antara produk teh jenama 888 ialah 888 Teh Wangi Ros,  888 Teh Wangi Ros Lemon dan 888 Black Tea/888 The Ceylon. Sesuai untuk minum pagi, petang dan bila-bila masa.

Teh Wangi Ros 888

 

Sijil Halal Jakim

Jangan risau atau rasa was-was untuk menikmatinya. Ini adalah kerana produk-produk dari jenama 888 ini mempunyai Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia, ada ISO 22000 dari Standard Antarabangsa, GMP dan Sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Teh Wangi Ros 888

Jadi, cubalah rasai sendiri kenikmatan Teh Wangi Ros 888 yang mungkin selama ini tidak pernah anda rasa ataupun ketahui kehadirannya. Teh Wangi Ros 888  ini boleh didapati di pasaraya Giant, Aeon Big, Mydin dan Tesco

 

Facebook 888teacoffee

 

BACA: MELAKA KAYA DENGAN BUDAYA DAN AGRO TOURISM