KANAK-KANAK TEROKAI TEKNOLOGI INOVASI TERKINI DI KIDZ & TECH 3.0

Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak ke Kidzania, kota keriangan kanak-kanak ini bermula dari 18 Ogos sehingga 16 September akan datang. Satu program bertemakan teknologi inovasi, KidZ & Tech 3.0 ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat tentang  kegunaan  dan  manfaat Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik serta fungsinya di masa akan datang.

 

Maklumlah kanak-kanak zaman sekarang banyak berinteraksi  dengan teknologi melalui telefon pintar, permainan digital, dan menonton filem tetapi teknologi tidak terhad di situ sahaja juga mempunyai banyak kelebihan yang positif.

 

Lantaran itu, KidZania Kuala Lumpur telah menganjurkan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 tersebut.

teknologi inovasi

Menurut Datuk  Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul  Nizar  Ahmad, kini kita sedang beralih ke zaman teknologi dan tidak mustahil suatu hari nanti, akan wujud bidang kerjaya yang menjurus ke arah kecerdasan buatan dan robotik.

 

“Sebagai bapa, saya pastikan anak-anak  saya  diajar  dan  bersedia  untuk  menghadapi dunia  teknologi  yang semakin  hari  semakin  berkembang  pesat  ini. Teknologi seperti  pembantu  maya  dan  robot, rumah  pintar  dan  kereta pintar sudah wujud  dan  saya  percaya  terdapat  banyak  lagi inovasi  yang  unik pada  masa  hadapan.

 

“Teknologi  akan  sentiasa  berkembang  pesat  dan saya  berharap  program  KidZ  &  Tech  3.0  akan  memberikan  inspirasi  kepada  para  peserta untuk  menerokai  dunia teknologi  yang  luas  ini,” jelas beliau.

teknologi inovasi

‘Learn Life Today’ oleh Google Malaysia

Melalui  KidZ  &  Tech  3.0, kanak-kanak  diberi peluang untuk ‘Learn Life Today’ dan salah satu bidang yang sedang pesat berkembang ialah AI. Google Malaysia memperkenalkan AI dengan  cara  yang  menyeronokkan. Kanak-kanak diberi  peluang  untuk bermain  sambil belajar melalui Emoji  Scavenger  Huntyang  juga  boleh  disertai  oleh  seluruh  keluarga!

 

Menggunakan rangkaian neural eksperimen AI untuk mengenal pasti objek sebenar, peserta akan  diberi  emoji  di  kaca  telefon  pintar  dan  perlu  mencari  emoji  tersebut  di  persekitaran mereka. Peserta perlu melengkapkan pencarian dengan menangkap gambar yang sepadan dengan emoji yang diberikan.

 

Permainan itu akan mengesahkan keserasian objek sebelem memberi petunjuk seterusnya. “Bidang  Kecerdasan  Pintar  adalah  salah  satu  fokus  kami  di  Google  dan  kami memperkasakannya melalui pembelajaran mesin. Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal  pasti  lebih  banyak  rekaan  dan  bukan  hanya  diprogramkan  dengan  tetapan tertentu,”  kata  Zeffri  Yusof,  Ketua  Komunikasi  dan  Hal  Ehwal  Awam,  Google  Malaysia.

teknologi inovasi

“Google  memanfaatkan pembelajaran  mesin  untuk  tugasan  seperti  pemahaman  bahasa, penterjemahan,   pengecaman   pertuturan,   penglihatan   komputer,   skala   kedudukan   dan pengesyoran.

 

Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan. Selain  itu  peserta  juga  boleh  mencipta  sendiri  robot  menggunakan Makeblock mBots, melalui langkah-langkah pengekodan   mudah.

 

Kanak-kanak juga boleh menguji kemahiran pemanduan mereka dalam Drone Obstacle Challenge. Mereka akan mengendalikan  Airblocks,  sebuah  robot  terbang yang diperbuat daripada magnet yang boleh diprogramkan untukmelalui halangan di trek udara.

teknologi inovasi

Secara  keseluruhannya,  KidZ  &  Tech  3.0  menawarkan  lima  program khusus:

Aktiviti AI-inspired Emoji  Scavenger  Hunt, Virtual  &  Augmented  Reality (permainan VR, Be Internet Awesome, DIY  AR  Greeting  Cards), Coding  &  Robotics,  Forensic  Science  (penyiasatan  di lokasi  jenayah  menggunakan  Debu  Ibu  Jari  dan  Eksperimen  Cahaya UV  oleh  Forensik UKM) dan Creative Photography (Canon Light Tail Photography,  U Mobile Clone Photography).

 

Jom bawa anak-anak terokai inovasi teknologi dan pelbagai lagi program pembelajaran  interaktif  di KidZ  & Tech  3.0.

 

Anda boleh juga tempah  tiket  secara  dalam  talian  sekarang  dan  dapatkan  potongan  20% dengan menggunakan kod promo <KZTECH>!KidZ  &  Tech  3.0  dibawakan  oleh  Canon  Malaysia,  Google  Malaysia,  MSP  Systems (Makeblock), UKM Forensics dan U Mobile.

 

Untuk  maklumat  lanjut  berkenaan  aktiviti  dan  acara  di  KidZania  Kuala  Lumpur,  layari www.kidzania.com.my