KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.

 

Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.

 

Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa

Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing.

tempat menarik

Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini.

tempat menarik

Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berbilang bangsa.Ternyata keistimewaan Kluang Rail Coffee ini mampu membuatkan daerah Kluang menjadi lebih ‘famous’ dan semua kaum atau bangsa, termasuk orang-orang dari negara luar kita sendiri tertarik untuk singgah menjamu selera di sini.

tempat menarik

Nampak keharmonian dan perpaduan masyarakat muhibbah di negara kita. Secara tak langsung ianya dapat mengeratkan lagi perpaduan rakyat Malaysia.

tempat menarik

 

Kluang RailCoffee, bukan restoran kopitiam biasa! Resepi turun-temurun, resepi rahsia kopi yang tersendiri  (homemade) memang tidak menghampakan para pengunjung yang datang untuk menikmatinya.

tempat menarik

tempat menarik

 

Kopi yang digunakan untuk membuat Kopi Susu, Kopi O dan Kopi C (susu cair) memiliki rasa, tekstur dan aroma yang tersendiri. Jika anda pencinta kopi, anda wajib singgah ke Kluang Rail Coffee.

tempat menarik

Nikmati sendiri keasyikan menghirup kopi panas yang digandingkan dengan roti bakar yang dibakar dengan menggunakan arang. Makanan lain pun ada misalnya nasi lemak bungkus dan boleh tahan sedapnya. Jadi, kena cuba baru tau!

tempat menarik

tempat menarik

tempat menarik

Alamat: 20 & 21,1st Floor &Ground Floor, Jalan Tasik 1,Pusat Perniagaan Tasik,, 86000 Kluang, Johor

Laman Web: Kluangrailcoffee

 

Gunung Lambak Sesuai Untuk Aktiviti Mendaki & ‘Jungle Trekking’

Terdapat dua buah gunung di daerah Kluang ini iaitu Gunung Lambak dan Gunung Berlumut. Buat kali ini, kami memilih Gunung Lambak sebagai destinasi terakhir, misi penamat Colours of Lives Travelogue Malaysia yang menjelajah tempat menarik di Johor ini.

tempat menarik

Gunung Lambak memiliki ketinggian 510 meter dari aras laut dan menjadi salah satu tempat menarik di Kluang yang sesuai untuk aktiviti mendaki dan ‘jungle trekking’. Kedudukannya kira-kira dua kilometer dari bandar Kluang. Gunung Lambak sangat popular bagi penduduk tempatan dan para pelancong yang  minat ‘hiking’ ataupun beriadah bersama keluarga.

tempat menarik

Selain terdapat tapak perkhemahan dan taman permainan, di situ ada taman tema air dengan kolam untuk anak-anak mandi-manda. Jika mahu, anda boleh menyewa chalet yang terletak di kaki gunung tersebut.

tempat menarik

Terdapat dua trek atau laluan untuk mendaki sampai ke puncak gunung yang mana satu darinya lebih curam dan mencabar. Di permulaan pendakian, anda mungkin berasa lebih santai, dan boleh beristirahat sebelum mendaki ke laluan yang seterusnya sedikit mencabar serta memerlukan tahap kecergasan fizikal dan mental.

tempat menarik

Walaupun mungkin ada yang berpendapat, pendakian ke Gunung Lambak (lebih kurang 2-3 jam untuk sampai ke puncak, tidak terlalu mencabar, namun panorama alam semulajadi yang disajikan sepanjang perjalanan memang mengasyikkan.

tempat menarik

tempat menarik

Anda akan dihiburkan dengan kicauan unggas dan menghirup udara gunung yang segar.  Apatah lagi, setelah sampai ke puncak Gunung Lambak yang menyaksikan pemandangan bandar Kluang luas terbentang.

tempat menarik

tempat menarik

Alamat:  Gunung Lambak Recreational Forest, 86000 Kluang, Johor.

Facebook: Gunung Lambak Resort

 

Selesailah sudah kembara 4 hari 3 malam di Johor Utara dengan lawatan tempat menarik di Kluang sebagai destinasi kami yang terakhir. Jumpa lagi dalam perjalanan seterusnya.

BACA: KLUANG TAWAR LOKASI MENARIK AGRO PELANCONGAN

 

Kredit:

Colours of Lives Travelogue Malaysia dikendalikan oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia. Manakala 123mamanet.com sebagai rakan media.

 

Terima kasih juga kepada Tourisme Malaysia Johor dan para penaja Colours of Lives Travelogue Malaysia – Johor (Utara), The KL Journal,Kereta Sewa Gombak- Yushaz Car Rental,Kaseh HQ, Avox Streetwear,Marini Naturale  Magic dan 888tea.

 

(Visited 15 times, 1 visits today)