7 TANDA BAHAYA JIKA TERLEBIH GARAM DALAM BADAN KITA

GARAM ADALAH BAHAN UTAMA YANG SELALU DIGUNAKAN DALAM MASAKAN SEBAGAI PENYEDAP RASA, NAMUN KELEBIHAN GARAM DALAM BADAN BOLEH MENGUNDANG PELBAGAI PENYAKIT!

Pengambilan garam yang berlebihan dalam satu masa sehingga melebihi had yang boleh diterima oleh badan boleh menyebabkan kematian.

Jumlah garam yang boleh diterima oleh badan setiap daripada kita memang berbeza-beza, sesuai dengan keturunan ataupun keadaan kesihatan dan usia kita.

Selain garam dapur, terdapat makanan lain yang mengandungi tinggi garam. Antaranya, ikan masin, telur masin, makanan segera dan makanan berpengawet.

garam dalam badan

BERIKUT BEBERAPA TANDA MENUNJUKKAN KITA TELAH TERLEBIH GARAM DALAM BADAN:

1. RASA HAUS YANG BERLEBIHAN
Biasanya kita yang mengambil garam akan lebih cepat berasa haus atau dahaga.

Rasa haus yang amat sangat dan belum dapat dipuaskan walaupun kita sudah meneguk beberapa gelas air. Bahkan mulut kita juga terasa kering.

Jika perkara ini terus terjadi, sebaiknya cuba kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garamnya.

garam dalam badan

2. SERING SAKIT KEPALA
Kita mungkin tidak terfikir sebungkus makanan ringan yang baru habis kita kunyah itu saling berkait dengan serangan sakit kepala yang kita alami.

Orang yang kuat masin atau suka makan makanan yang masin-masin lebih cenderung mengalami sakit kepala walaupun tekanan darahnya normal.

garam dalam badan

3. TEKANAN DARAH TINGGI
Ini merupakan tanda yang paling jelas menunjukkan kita terlebih garam atau kandungan sodium dalam badan.

Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam dan perhatian apa yang kita nikmati sehari-hari. Tekanan darah yang tinggi boleh memberikan efek negatif pada tubuh kita, sehingga mengundang penyakit jantung dan juga stroke.

garam dalam badan

4. JANTUNG TERPAKSA BEKERJA KERAS
Garam dalam badan yang terlalu tinggi boleh mempengaruhi gerak kerja darah. Efeknya, jantung akan bekerja dengan lebih teruk untuk mengalirkan darah dalam badan.

garam dalam badan

5. PERUT KEMBUNG
Efek lain dari terlalu banyak garam dalam badan adalah perut akan berasa tidak selesa, seakan penuh dan kembung.

Jika perut kita sering terasa kembung selepas makan, perhatikan semula setiap makanan yang kita nikmati. Mungkin juga ia mengandungi garam yang tinggi.

garam dalam badan

6. SAKIT BUAH PINGGANG
Ketika banyak garam yang masuk ke dalam badan, buah pinggang kita terpaksa bekerja dengan lebih kuat. Peningkatan sodium mampu membuatkan protein lebih banyak ditemui dalam air kencing.

Itulah sebabnya kita menjadi lebih kerap membuang air kecil. Pengambilan garam berlebihan juga efeknya.

Ini adalah kerana buah pinggang terpaksa bekerja kuat untuk mengeluarkan kelebihan garam sehingga keinginan untuk kencing pun menjadi lebih kerap.

garam dalam badan

7. OSTEOPOROSIS
Kandungan garam yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan terjadinya osteoporosis atau kerapuhan tulang. Ini adalah kerana kandungan natrium yang tinggi boleh menganggu kalsium pada tulang.

Apabila keadaan ini berterusan dalam jangka panjang ia boleh menyebabkan tulang kekurangan dan kehilangan kalsium sehingga kepadatannya menjadi berkurangan sehingga berisiko menyebabkan patah tulang.

garam dalam badan

 

Itulah beberapa petanda yang menunjukkan kelebihan garam dalam badan kita Dengan mengetahuinya, semoga kita dapat mengawal pengambilan garam berlebihan. Semoa kita sama-sama sihat sentiasa ya!