Tip bekerja dari rumah yang menguntungkan

bekerja dari rumah

Kredit foto: workingfromhomemom

Bekerja dari rumah memang idea yang bagus. Mamanet pun dah hampir 3 tahun bekerja dari rumah. Bagaimanapun bekerja dari rumah dan membuat duit adalah dua perkara yang berbeza. Usah terpedaya bahawa semua kerja yang anda lakukan akan membawa balik pulangan dari segi kewangan.

 

 

Ada ibu bekerja dari rumah sekadar memenuhkan masa yang terluang kerana kebanyakan masa ditumpukan pada menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Jadi, di sini adalah tidak adil jika kita memaksa ibu bekerja dari rumah ini menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan.

 

Ada pula ibu yang bekerja dari rumah dengan niat memang hendak menjana pendapat. Banyak masa digunakan untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan bisnes. Manakala tugas mengurus anak pula dibahagikan kepada pembantu rumah atau pengasuh sama seperti ibu bekerja di luar.

 

Ada juga ibu yang bekerja dari rumah mampu melakukan kedua-dua tugas serentak iaitu mengurus rumah tangga tanpa pembantu dan mengurus perniagaan. Selalunya situasi ini berlaku bila anak-anak semakin membesar atau bisnes semakin membesar dan ada pekerja.

 

5 tip cara bekerja dari rumah yang untung

 

bekerja dari rumah

kredit foto: cfhp

Baiklah berbalik kepada isu membuat duit dengan bekerja dari rumah pula, mamanet nak rangkumkan nasihat Sifu Faizal Abdullah dan Sifu Mohd Najib Asaddok mengenai bagaimana memilih dan menjalankan bisnes yang menguntungkan.

 

 

  1. Dapatkan idea bisnes

Mula-mula anda perlu mengenal pastikan idea bisnes dan produk yang menguntungkan. Lakukan kajian atau dapatkan tip daripada orang yang mahir dalam bisnes yang anda ingin ceburi misalnya bisnes online.

 

Jadi anda tidak lagi perlu tertanya-tanya- “produk apa yang aku nak jual ya?” Dengan tindakan ini, anda akan lebih yakin untuk memulakan bisnes dan kaedah yang telah dipilih itu tanpa sebarang keraguan dan yang penting anda dapat pulangan kewangan.

 

  1. Dapat pelanggan pertama

Untuk menguji sama ada kaedah yang anda guna itu berkesan atau tidak, anda perlu berusaha mendapatkan pelanggan dalam masa 48 jam. Contohnya Sifu Faizal ada kaedah yang  diajar kepada para peserta kursusnya tentang cara bagaiaman mendapat 3 pelanggan dalm tempoh 48 jam. Menarik bukan?

 

  1. Majukan bisnes tanpa kos pemasaran

Satu lagi perkara yang perlu diingat ialah berhati-hati dalam mengawal modal anda yang terhad. Usah terjebak dengan tawaran penggunaan iklan seperti fb ads sekiranya bisnes anda ‘belum mampu membayar’ kos pemasaran itu.

 

Ada banyak teknik dan kaedah pemasaran yang boleh digunakan jika bisnes anda baru bermula dengan pendapatan sekitar RM2000. Ingat, bina perniagaan anda secara berdikit-dikit. Usah terpengaruh hingga modal anda lebuh dan bisnes anda terhenti.

 

 

  1. Bina kepercayaan

Menurut sifu Najib, seorang pelanggan hanya membeli lepas mereka percaya kepada anda sebagai penjual. Jadi kita sebagai usahawan kena faham bagaimana nak dapatkan kepercayaan pelanggan.

 

Jadi, setiap hari pastikan anda post status berkenaan produk atau perkhidmatan anda. Tapi jangan nampak seperti anda mahu menjual. Ya! Mungkin ia bukan mengambil sehari dua tetapi ada PROSESnya. Anda kena buat mereka nampak jenama  anda setiap hari sama macam Milo buat setiap hari. Iklan non stop dari kita kecil sampai sekarang!

 

 

  1. Bina Trafik

 

Nasihat khusus untuk bisnes online ialah anda perlu tahu cara untuk mendapatkan LIKE yang banyak bagi PAGE bisnes anda. Caranya ialah anda kena melabur, tapi pelaburan tu akan beri pulangan (ROI). Usah hantam samborono. Ada teknik-teknik tertentu yang boleh membina 500-1000 followers setiap hari dengan kos bajet. Selepas anda gunakan teknik yang betul, anda akan dapat pulangan yang berbaloi bila anda ada ramai pelanggan.

 

 

Saranan di atas tidak semestinya tepat kerana ia adalah berdasarkan pengalaman masing-masing. Mamanet harap anda boleh mengkaji dan membuat try and error tentang teknik-teknik bekerja dari rumah yang menguntungkan. Selamat mencuba!

 

LIKE & SHARE MAMANET