Tip Berbuka Puasa The Coffee Bean & Tea Leaf®

Tip Berbuka PuasaTIP Berbuka Puasa sihat perlu dititik beratkan agar tubuh kita tetap segar, kuat dan fit sepanjang hari. Lagipun dalam bulan Ramadan ini, waktu berbuka puasa setiap hari seakan satu sambutan bersama keluarga.

Pastinya kita menantikan saat menikmati minuman dan sesuatu yang manis untuk menyegarkan semula minda kita di samping orang tersayang.

 

Berikut adalah 4 tip berbuka puasa terbaik yang dibawakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® untuk anda pembaca setia  Mamanet tersayang:

 

  1. Pilihlah Kurma

Pilihan buah kurma adalah tradisi pada musim Ramadan kerana ia adalah makanan terbaik yang kaya dengan khasiat menyeluruh untuk berbuka puasa.

 

Kurma kaya dengan serat untuk menghalang sembelit. Ia juga mengandungi mineral dan gula asli untuk membekalkan tenaga dan mengalas perut selepas seharian berpuasa serta mengelakkan ketidakhadaman.

 

BACA INI

 

  1. Jangan Lupakan Air

Tubuh anda memerlukan air untuk berfungsi dengan baik; selain daripada air biasa, jus buahan dan minuman berasaskan buahan seperti smoothie membekalkan vitamin yang amat diperlukan. Manakala segelas Granita Tea Ice Blended amat menyegarkan.

 

Minum banyak air sebelum tidur walaupun anda tidak berasa dahaga, sekurang-kurangnya 8 gelas untuk mengekalkan kandungan air yang hilang pada siang hari demi menjaga kesihatan buah pinggang.

 

3.The Coffee Bean & Tea Leaf® juga akan mengedarkan botol air mineral di Masjid Al Ikhlas di Shah Alam, Masjid At Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Masjid Jamek At-Taqwa di Tanjong Karang, Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya, Masjid Darul Ehsan Taman Tar di Ampang dan masjid-masjid terpilih di Kuantan, Kota Bharu, Alor Star dan Melaka, seminggu sebelum Hari Raya untuk membantu menghidratkan masyarakat tempatan sewaktu berbuka.

 

  1. Cari Pilihan Murah Yang Berdekatan

Ziarahi bazar Ramadan berdekatan dan dapatkan makanan pilihan anda yang murah dan mudah diperoleh.Menikmati makanan ringkas seperti ayam percik, soto, keropok lekor dan lain-lain dari bazar Ramadan berdekatan bersama orang tersayang kadang-kadang lebih memuaskan hati daripada berbelanja besar untuk bufet di hotel!

 

 

  1. Nikmati Hidangan Yang Segar & Ringkas

Elakkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan mengandungi kandungan lemak yang tinggi.

 

Memang sukar untuk menolak pelbagai hidangan yang menyelerakan tapi anda tidak harus makan berlebihan. Jaga pemakanan yang seimbang dengan sup yang menyegarkan, sayuran segar seperti ulam yang penuh khasiat bersama pilihan menyihatkan seperti hidangan yang dipanggang, atau dibakar.

 

 

Tip Berbuka Puasa Ekstra! So Yummyy…

 

…. Dan Manjakan Diri Anda Sekali Sekala 

Segarkan kembali deria anda dengan promosi Raya di The Coffee Bean & Tea Leaf® yang menggabungkan kebaikan buah kurma yang lazat.

 

Pilihan yang amat menyelerakan seperti ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’, kek kurma-coklat yang dihiasi dengan krim pistachio mousseline manis dan masin serta mousse coklat gelap atau pilihan ringkas tapi tidak kurang lazatnya seperti ‘Lumberjack Cake’ dengan epal rangup dan buah kurma yang dihiasi dengan karamel kelapa.

 

Untuk juadah yang lebih rangup, cuba biskut ‘Coconut Date Cookies’ dan bersantai dengan aroma manis dan perisa madu-kekacang ‘Panama Single Origin Coffee Beans’ atau haruman lembut ‘Noori Tea Garden Single Origin Tea’, teh hitam premium pekoe.

 

Leave a Reply