Tip Memilih Warna Tudung Sesuai Tona Kulit Muka

Warna tudung mampu mempengaruhi penampilan wajah. Silap memilih warna tudung boleh membuatkan wajah nampak kusam, pucat atau lebih gelap daripada sebelum memakai tudung!

 

Jadi, sebab itulah anda perlu mengenalpasti warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda.Pilihlah tudung atau hijab yang mampu meninggalkan efek cerah, segar dan wajah anda nampak bermaya atau sihat.

 

warna tudung

TIP PAKAI TUDUNG TETAP CANTIK, KLIK SINI

 

Berikut beberapa panduan memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda:

 

 

  1. warna tudungKulit Putih

Anda yang berkulit putih atau cerah memang beruntung kerana anda tidak punya masalah dalam memilih warna tudung yang sesuai. Anda selaluya sesuai mengenakan apapun warna tudung.

 

Namun, sebaiknya hindari warna-warna terlalu lembut atau pastel seperti lavender, baby blue dan hijau pucat. Wana putih dan kuning cair juga elok dielakkan kerana ia membuatkan kulit wajah anda nampak pucat.

 

Lebih baik jika anda bereksperimen dengan warna-warna solid seperti hijau, merah, ungu, hitam dan biru.

 

 

2. warna tudungSawo Matang

Bagi anda yang berkulit sawo matang, lebih disarankan memilih warna-warna gelap atau pastel. Warna lavender, ungu dan juga maroon akan membuatkan muka anda nampak lebih cerah dan cantik.

 

Hindari memilih warna tudung yang terlalu terang seperti kuning dan hijau.

Di samping itu, elakkan juga warna-warna yang terlalu dekat dengan warna kulit anda seperti coklat.

 

 

 

 

  1. warna tudungKuning Langsat

Jika anda berkulit kuning langsat, memang sesuai mengenakan tudung yang berwarna cerah-cerah seperti pink, biru dan kuning.
Warna-warna cerah ini akan memberikan efek segar dan cerah pada kulit muka dan penampilan anda juga nampak lebih cantik dan anggun.

 

Warna tudung yang perlu elakkan adalah coklat, hitam, oren kelabu dan warna keemasan. Warna-warna tersebut akan membuatkan kulit anda nampak kusam.

 

 

  1. warna tudungKulit Gelap

Anda yang berkulit gelap lebih selamat bermain dengan warna-warna yang mencerahkan kulit seperti warna keemasan atau warna-warna pastel.

 

Anda juga boleh bermain dengan warna-warna kontras seperti electric blue, merah dan pink terang. Warna tudung yang kontras ini akan menyerlahkan lagi karakter warna kulit gelap yang unik dan cantik.

 

Hindari warna-warna gelap atau malap seperti oren tua, hitam, coklat. Warna-warna sebegini akan membuatkan kulit muka anda nampak kusam dan gelap atau lebih hitam.

 

Pemilihan warna tudung yang tepat dan sesuai dengan warna kulit, bukan sahaja buat membuatkan anda nampak lebih menyerlah. Malahan  juga akan membuatkan mood anda menjadi lebih baik.

 

LIKE & SHARE MAMANET