TIP PADANAN BAJU DAN TUDUNG UNTUK GAYA YANG LEBIH SEMPOI

Padanan baju dan tudung yang dikenakan mampu memberikan gambaran terhadap keseluruhan gaya penampilan kita.

 

Jadi, sebab itulah kita perlu lebih bijak untuk mensuaipadankan baju dan tudung supaya penampilan kita lebih cantik dan sedap di pandang mata.

 

Tip Padanan Baju Dan Tudung Untuk Gaya Yang Sederhana Atau Sempoi

 

  1. Baju Kosong (Polos) Dan Tudung Kosong (Polos)

Kombinasi atau padanan baju dan tudung kosong adalah gabungan yang paling selamat. Biasanya kombinasi sebegini mampu memberikan kesan yang sederhana.

Cuma, apa yang perlu kita titiberatkan adalah keserasian warna baju dan juga warna tudung.

Padanan Baju

  1. Tudung Kosong Dan Baju Bermotif

Biarpun blaus atau baju yang digayakan bermotif, namun jika dikenakan dengan tudung kosong ia tetap menampilkan gaya yang sederhana.

 

Pilihan motif atau corak baju yang berflora atau abstrak dengan warna lembut boleh dijadikan pilihan. Kombinasi gaya seperti ini mampu menyerlahkan gaya sederhana, namun pastikan warnanya serasi.

 

Apabila warna baju atau pakaian yang kita pilih berwarna gelap, pastikan kita memilih warna tudung yang lebih cerah.

Padanan Baju

  1. Baju Kosong Dan Tudung Bermotif

Padanan baju kosong tanpa corak sangat sesuai digayakan dengan tudung yang bermotif atau bercorak.

Pastikan kedua warna yang pilih nampak serasi apabila digayakan. Suai padan tudung bermotif berwarna neutral dengan baju berwarna neutral mampu mencipta kesan yang lebih sederhana dan sempoi.

 

Bukan apa, jika pemilihan tudung bermotif yang tidak selaras dengan padanan baju akan membuatkan penampilan nampak lebih ‘semak’, sehingga jauh daripada efek sederhana yang kita mahukan.

Padanan Baju

  1. Padanan Baju Dan Tudung Senada

Untuk gaya yang sederhana kita boleh menyelaraskan suai padan baju dengan tudung atau hijab dengan warna yang senada.

 

Misalnya jika kita memilih warna merah keungguan dan unggu, kombinasi warna tersebut sudah pasti menghasilkan efek yang lebih menarik dipandang mata meskipun pakaian yang dipilih cukup ringkas.

Padanan Baju

Itulah 4 tip padanan baju dan tudung yang boleh dijadikan rujukan. Pastikan penampilan kita tidak berlebihan jika inginkan gaya yang sederhana dan sempoi.

BACA – 5 CARA MEMAKAI TUDUNG AGAR LEBIH KEMAS DAN SELESA