Bra Dan Seluar Dalam Yang Tepat & Seksi

bra dan seluar dalam

kredit foto-media-istockphoto

Memilih bra dan seluar dalam yang tepat memerlukan perhatian ekstra ketika kita membelinya. Biarpun apa yang dipakai itu tidak lihat oleh orang lain, namun pemakaian bra dan seluar dalam yang sepadan bukan sahaja membuatkan kita berasa lebih selesa dan cantik. Malahan seksi!

 

Alangkah sayangnya dan rasa membazir sangat-sangat jika kita tersalah ukuran sewaktu membelinya. Jadi, untuk mengelakkan perkara itu terjadi, dikongsikan beberapa tip yang perlu kita alert sebelum membeli bra dan seluar dalam.

 

 

bra dan seluar dalam

kredit foto-onlineundies

1. Pastikan Ukurannya

Bra : Umumnya ukuran bra yang sedia ada adalah 32, 34, 36 dan selebihnya. Ukuran ini merupakan lingkar bawah payudara dalam inci.

 

Sementara untuk cup tersedia dalam ukuran A, B, C dan seterusnya. Ukuran cup yang baik jika payudara tidak terasa sesak tapi juga tidak terlalu longgar.

 

Seluar Dalam : S, M, L dan sebagainya tersedia di kedai, yang tinggal hanya memilih mengikut ukuran pinggang dan punggung.

 

 

bra dan seluar dalam

kredit foto-discoverpeach

2. Kena Cuba Baru Tau!

Ukuran dan bentuk tubuh yang bertambah atau berkurangan mempengaruhi keselesaan pakaian dalam. Ini bermakna kita mesti mencubanya terlebih sebelum membeli.

 

Bra :  Jika rasa malas untuk membuka baju ketika memilih bra, pastikan pada ketika itu kita memakai baju yang cukup ketat agar dapat melihat kedudukan bra pada payudara dan merasai keselesaannya.

 

Seluar Dalam : Kita tidak dibenarkan untuk mencuba seluar dalam. Tidak ada masalah, kerana rata-rata sudah mengetahui saiz seluar dalam masing-masing.

 

 

bra dan seluar dalam

kredit foto-medicaldaily

3. Pilih Material

Untuk pemakaian hari-hari, pilih bra dan seluar dalam sebaiknya diperbuat daripada material atau bahan cotton.

 

Selain menyerap peluh, bahan daripada cotton juga sesuai untuk si kulit sensitif. Untuk penampilan lebih mewah, pilih bahan daripada satin atau lace, pakai ketika mahu menikmati suasana yang lebih ‘mengacam’ ketika bersama sang suami!

 

bra dan seluar dalam

kredit foto-ae01-alicdn

4. Variasi Model

Bra : Pilih strapless bra ketika ingin memakai busana dan gaun tank top mahupun tube. Half cup bra sesuai untuk kita yang memiliki payudara yang kecil sementara full covered / push up bra, ok-ok untuk si payudara besar.

 

Penting juga untuk memiliki sports bra bagi kita yang suka bersenam. Harus diingat, pilih bra berwarna kulit tanpa motif saat ketika kita memakai pakaian berwarna putih atau tipis.

Seluar Dalam :  Buat kita yang berperut ramping, pilih seluar dalam berpotongan hipster. Bagi kita yang berperut besar atau berisi, pilihlah seluar dalam yang tinggi di pinggang untuk mengecilkan perut.

 

G-string atau T-strap boleh dipakai jika memilih pakaian yang berwarna terang tetapi ketika memakai pakaian yang berwarna putih atau nipis, pilihlah seluar dalam yang berwarna kulit.

 

 

kredit foto-g01-a-alicdn

kredit foto-g01-a-alicdn

5. Sepadan atau tidak?

Bra : Jika bahagian cup terlihat kosong dan tali bahagian belakang longgar, itu maknanya bra tersebut besar untuk kita. Tetapi jika cup sempit dan tali bra tersebut terlipat pada bahagian tubuh itu bermakna bra tersebut amat kecil untuk kita.

 

Seluar Dalam : Jika bahagian paha sesak dan kemerahan, ini bermakna seluar dalam itu terlalu ketat untuk kita. Tetapi jika sebaliknya,  cenderung berkerut atau berlipat, seluar dalam tersebut  besar. Silap hari bulan boleh terlondeh!

 

Itulah beberapa cara untuk kita memilih bra dan seluar dalam yang tepat dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

 

LIKE & KLIK MAMANET
(Visited 31 times, 1 visits today)