TOP ODOUR BUSTER HILANGKAN SISA KOTORAN DEGIL & BAU MASAM PAKAIAN

TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kini hadir dengan varian TOP Odour Buster menggunakan teknologi Micro-Clean Tech™ yang canggih mampu menghilangkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi serta bau masam pakaian.

 

Bagi anda yang suka mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman, sudah pasti berhadapan dengan masalah bau pada pakaian. Kadang-kadang selepas membasuh dengan bahan pencuci biasa, bau peluh pada pakaian senaman masih melekat kuat.  Tapi, sekarang jangan risau sebab dah ada jalan penyelesaiannya untuk membersihkan pakaian yang berbau tersebut.

TOP Odour Buster

TOP Odour Buster Diyakini Berkesan

Para peserta acara Score Run, Spartan Race dan Brooks KL City Run berpeluang merasai sendiri keupayaan cecair pencuci TOP Odour Buster, di mana TOP merupakan salah satu penaja perlumbaan larian tersebut dan menyediakan TOP Odour Buster 300g kepada lebih 40,000 orang peserta.

 

Memandangkan para peserta larian akan kuat berpeluh, maka TOP telah menguji varian cecair pencuci Odour Buster ini. Maklum balas yang diterima daripada peserta larian yang telah menggunakan produk tersebut nyata amat positif.

 

Rahsia kemampuan TOP Odour Buster menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ialah teknologi anti-sebum TOP Micro-Clean Tech™. Ia berfungsi menarik keluar kesan peluh, sebum dan molekul-molekul lain yang terperangkap di dalam fabrik.

 

Formulasi yang revolusionari itu turut mengekalkan fungsi bahan pencuci TOP Anti-Malodour dan Anti Debu-hama yang sudah diketahui serta dipercayai oleh rakyat Malaysia.

TOP Odour Buster

Hilangkan Bau Peluh & Cerahkan Warna Fabrik

Kesan peluh dan sebum (minyak badan) serta molekul-molekul lain yang terperangkap menyebabkan warna kuning pada fabrik putih dan berwarna cerah, selain menyebabkan warna fabrik nampak kusam.

 

Sisa peluh dan sebum yang diurai oleh bakteria menjadi punca utama bau kurang menyenangkan pada bahagaian ketiak, lengan dan kolar, walaupun selepas pakaian dicuci.

 

Hanya dengan satu basuhan menggunakan cecair pencuci TOP Odour Buster diperlukan untuk mengembalikan kesegaran fabrik, walaupun ia dibasahi peluh.

TOP Odour Buster

Teknologi Pencuci Micro Clean Tech™

Dengan adanya teknologi pencuci Micro Clean Tech™ ini, ia mampu menghilangkan kesan peluh yang terperangkap dan menghalang 99.9% peratus bakteria daripada membiak. Air basuhan akan menjadi lebih keruh kerana bau peluh dan sebum serta molekul-molekul daripada kotoran dibersihkan sepenuhnya.

 

Menurut Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd, Carmen Foo, cecair pencuci TOP Odour Buster dihasilkan seiring dengan janji jenama ini iaitu Inovasi untuk Kehidupan yang Lebih Baik. Ia mengambil berat pandangan pengguna demi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia sebenar dan meningkatkan prestasi produk-produk keluarannya.

 

“Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif, para pengguna memberitahu bahawa bau peluh pada yang masih melekat pada baju yang sudah dibasuh menjadi antara masalah utama mereka. Kami memberi maklum balas menerusi TOP Odour Buster dan mengujinya ke atas peserta acara Score Run, Spartan Race serta Brooks KL City Run dan nyata mendapat keputusan yang positif.”

 

“Kami sangat yakin TOP Odour Buster dapat mengatasi masalah pakaian yang paling banyak menyerap peluh. Ramai peserta yang mencuba sampel ujian kami telah beralih kepada produk ini kerana ia ternyata berkesan,” katanya.

 

TOP Odour Buster adalah solusi terbaik untuk menghilangkan sisa bau peluh yang masih melekat dan mengatasi masalah bakteria yang membiak pada pakaian untuk memberikan bau yang lebih segar selepas dicuci.