PESTA KELUARGA PENUH MERIAH DI TOYOTA GAZOO RACING FESTIVAL

Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) memang dinantikan tatkala hujung minggu musim cuti sekolah. Ternyata gegaran Cabaran Vios yang menjadi sebahagian daripada festival ini mampu membangkitkan adrenalin para peminat kereta lumba. Lebih 20 ribu pelawat telah membanjiri Taman Ekspo Malaysia Argo Serdang (MAEPS) selama dua hari.

 

Festival TGR yang buat julung kali diadakan di sini membawakan barisan lapan selebriti iaitu Fattah Amin, Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Geraldine Gan, Venice Min, Danny Koo dan Shawn Lee.

Toyota Gazoo Racing

Hujan bukan menjadi halangan buat peminat untuk mengambil peluang mendekati dan bermesra dengan selebriti kegemaran mereka di sessi Meet & Greet bersama Pelumba Selebriti TGR. Itu antara tarikan utama para pengunjung sambil menikmati aksi perlumbaan motor. Bahkan ada banyak aktiviti menarik yang disediakan.

 

Soal makanan tidak menjadi hal kerana terdapat banyak food truck yang menyediakan pelbagai jualan dan minuman enak. Selai, persembahan drift oleh pemandu profesional Jepun, persembahan pentas oleh artis Media Prima “Drama Sangat Tour”, perkumpulan kelab kereta, permainan dan banyak lagi! Memang seronok beriadah bersama keluarga di MAEPS, Serdang pada festival berkenaan.

Toyota Gazoo Racing

 

Race 1 –  Kelas Promosi Menarik Peminat Toyota Gazoo Racing

Bagi Race 1 Promotion Class disertai oleh selebriti tempatan termasuk Janna Nick, Syukri Yahaya, Diana Danielle, Fattah Amin dan Danny Koo. Selain Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

 

Shawn Lee mengekalkan kedudukan dengan menjuarai perlumbaan Pusingan Kedua TGR Festival. Tempat kedua dirangkul oleh Shukri Yahya. Manakala tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing dimiliki oleh  Danny Koo, Fattah Amin dan Diana Danielle. Ranking keenam dan seterusnya diikuti oleh Akio Takeyama, Geraldine Gan, Venice Min dan Janna Nick.

Toyota Gazoo Racing

Shawn Lee diserbu peminat.

Kemunculan di tempat kelima, merupakan satu kepuasan bagi Diana yang berjaya menamatkan perlumbaan meninggalkan selebriti wanita lain di belakang. Pelumba selebriti wanita lain seperti Janna Nick, Venice Min dan Geraldine Gan terpaksa akur dengan keputusan yang kurang memberangsangkan.

Toyota Gazoo Racing

Race 1 Super Sporting Class – Menguji Kehebatan Sebenar Pelumba

Race 1 Super Sporting Class dijuarai oleh Brendan Paul Anthony dari team Dream Chaser. Manakala tempat kedua dirangkul oleh Brandon Lim Boon Yew dari Tedco Racing. Seterusnya diikuti oleh Tam Wei Han dari Team Nanoplus, Tan Siew Chong dari Dream Chaser dan Frederick Soo di tempat kelima.

 

Manakala masing-masing tempat keenam hingga kesepuluh dimiliki oleh Kenneth Koh Keik Lun, Clement Yeo Ing Chai, Wong Chin Eeg, Dato Ken Foo dan Ng Hon Leong.

Toyota Gazoo Racing

Para peminat bukan sahaja terhibur dengan perlumbaan di trek, malah Festival Gazoo Toyota Gazoo turut menambilkan persembahan drift profesional Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino.

 

Festival Perlumbaan TGR 2017 telah melabuhkan tirai. Tunggu festival akan datang tahun hadapan dengan Johor Bahru menjadi tuan rumah Festival Perlumbaan TGR pada 19 dan 20 Januari. Pasti lebih menarik!

 

FACEBOOK: TOYOTA GAZOO RACING

 

BACA: TOYOTA GAZOO RACING MEMBAWAKAN PERLUMBAAN VIOS