JOHOR DESTINASI KEDUA SIRI TRAVELOGUE MALAYSIA LAKAR SEJUTA KENANGAN MANIS

Jika sebelum ini Mamanet berpeluang menjelajah Melaka Negeri Bersejarah bersama Colours of Lives Travelogue Malaysia, kini langkah kedua kami adalah ke negeri Johor pula. 

 

Destinasi yang menjadi pilihan adalah tempat-tempat menarik di bahagian Utara Johor. Ternyata banyak tempat pelancongan yang menarik di sini dan sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan percutian.

 

Selain banyak tempat menarik untuk dikunjungi, tempat-tempat makan yang enak dan penginapan yang selesa pun banyak. Memang tak rugi kalau datang bercuti ke bahagian Utara Johor ini.

 

Nak tahu apa yang menarik sangat itu? Baca rentetan perjalanan kami selama 4 hari 3 malam ini hingga ke siri yang terakhir, di mana lokasi penamat misi penjelajahan ini berakhir di Gunung Lambak.

 

Team Travelogue Malaysia Menjamu Selera Di RZ Restoran

Lokasi pertama sebaik tiba Segamat adalah RZ Restoran. Variasi lauk yang ada memang boleh membuatkan kita rambang mata nak merasa. Semuanya nampak menyelerakan!

travelogue malaysia

Travelogue Malaysia telah ke Johor Darul Takzim. Ikuti pengembaraan kami ke utara Johor di www.123mamanet.com.

Bagi yang suka menikmati masakan ikan baung, ikan patin dan udang galah, anda memang wajib datang ke sini. Cubalah nikmati sendiri keenakan ikan patin masak tempoyak, masak lemak ikan baung dan udang galah masak sambal dan juga masak lemak cili api.

travelogue malaysia

travelogue malaysia

Udang galah dijual mengikut saiz dan bergantung juga pada harga pasaran semasa. Seekor boleh mencecah sehingga RM45 tetapi udang galah masak sambal ini tetap laris dan menjadi kegemaran ramai.

travelogue malaysia

travelogue malaysia

RZ Caterer Restoran ini mempunyai dua ruang makan. Ruang terbuka di bahagian bawah, manakala dewan makan tertutup dan berhawa dingin pula di tingkat atas.

travelogue malaysia

Kadar sewa yang dikenakan untuk dewan makan tertutup sejam RM60. Mereka juga sentiasa bersedia menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian mahupun makan malam.

travelogue malaysia

RZ Restoran yang sudah teguh menempa nama lebih 14 tahun ini, beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang dan tutup setiap hari Selasa.

 

RZ RESTORAN

Alamat:  34, Jalan Utama 2/3 , Johor  Taman Utama, 85000 Segamat

Facebook: RZ Restoran Segamat

 

Hutan Legenda Gunung Ledang 

Selepas menikmati makan tengahari yang sungguh enak di RZ Caterer Restoran, perjalanan diteruskan ke lokasi kedua yang cukup terkenal dengan kisah lagenda penuh mistik dan misterinya.

travelogue malaysia

Gunung Ledang ini terletak di Daerah Tangkak, Johor dan turut dikenali sebagai Mount Ophir. Ia berketinggian 1276 meter bersamaan 4186 kaki dari aras laut.

travelogue malaysia

Mendaki gunung adalah antara aktiviti yang amat digemari oleh golongan anak muda terutamanya  penuntut universiti. Bagi anda yang memang gemarkan aktiviti lasak sebegini dan belum pernah sampai ke sini, apa kata jadikan Gunung Ledang sebagai target pendakian anda yang akan datang.

Sumber: Bob Nenas

Selain dapat menghayati keindahan panorama yang luas terbentang di puncak gunung, mendaki gunung juga boleh melatih fizikal dan mental serta mengajar kita tentang falsafah kehidupan.

Sumber: TripAdvisor

Cabaran hebat pasti ada, jadi anda kenalah bersiap sedia dengan ketahanan fizikal dan mental yang padu. Tambahan pula, Gunung Ledang dikatakan merupakan antara gunung yang amat sukar untuk didaki.

Sumber: Benkioshimasho

 

Di awal pendakian yang bermula dari Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor Gunung Ledang, kita diuji dengan laluan bertangga. Memang pada mulanya landai, tetapi lama kelamaan menjadi semakin curam.

travelogue malaysia

 

Terdapat 8 Checkpoint untuk sampai ke Puncak Mahligai atau Puncak Gunung Ledang. Bahkan untuk sampai ke puncak, kita perlu mendaki batu besar yang agak curam dan perlu menggunakan tali untuk mendaki.

travelogue malaysia

Jika tidak punya kekuatan ataupun kudrat untuk menawan puncak Gunung Ledang, kita boleh melihat keindahan alam semulajadi melalui Menara Tinjau atau bersiar-siar di Taman Herba.

travelogue malaysia

travelogue malaysia

Paling utama bila berada di sini ialah tarikan paling popular iaitu mandi-mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Sagil ini.

travelogue malaysia

 

Air Terjun Gunung Ledang ini sesuai dijadikan destinasi percutian atau perkelahan menarik buat keluarga. Air terjunnya sangat jernih dan amat menyegarkan.

travelogue malaysia

Selain popular untuk pengunjung yang suka beriadah bersama keluarga bermandi-manda, aktiviti perkhemahan dan jungle trekking turut mendapat sambutan.

 

Facebook: Gunung Ledang

 

Lena Beradu Di Homestay Kg Sagil 3, Muar

Bagi yang belum pernah berpengalaman menetap di homestay yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, anda wajar meraih kesempatan tersebut.

travelogue malaysia

Selepas berpenat-penat di meninjau keindangan di persekitaran Hutan Legenda Gunung Ledang tersebut, kami meneruskan perjalanan ke sebuah inap desa yang tidak kurang hebatnya di daerah Sagil.

travelogue malaysia

 

Di Homestay Sagil Parit 3, kunjungan kami disambut  mesra dan meriah dengan paluan kompang daripada Wanita Sagil Parit 3 (Kompang Kome Oii).

travelogue malaysia

Memang seronok dan kita perlu tinggal bersama keluarga tuan rumah yang telah kita pilih. Memang banyak yang boleh dipelajari termasuklah cara hidup seharian keluarga angkat kita serta kebudayaan masyarakat di situ secara langsung.

travelogue malaysia

 

Layanan mesra daripada tuan rumah yang dianggap seperti keluarga sendiri membuatkan kami tidak kekok atau janggal berada di sisi mereka.

travelogue malaysia

Biarpun masa yang ada agak terhad, namun kami berpeluang menikmati keenakan menu masakan negeri Johor untuk makan malam dan sarapan pagi yang disediakan oleh tuan rumah.

travelogue malaysia

 

Selain itu, kami berkesempatan melihat sendiri aktiviti penduduk di Kampung Sagil Parit 3 yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti menjala ikan dan kesenian masyarakat Jawa di negeri Johor iaitu kemplingan.

travelogue

 

Gendang, kempling, kempol adalah antara peralatan muzik kempelingan. Kombinasi peralatan tersebut mampu menghasilkan alunan muzik yang lunak sambil diiringi dengan nazam yang diambil daripada Kitab Berzanji.

travelogue malaysia

Muzik kemplingan ini biasa dipersembahkan pada sebelah malam di majlis keraian seperti cukur jambul, berkhatan dan di majlis perkahwinan (rewang).

travelogue malaysia

Biarpun persembahan tersebut agak singkat, namun kami cukup teruja dengan persembahan kesenian warisan masyarakat Jawa itu. Begitu unik dan kesenian tradisional ini perlu diterapkan kepada golongan muda supaya ia tidak hilang begitu sahaja dan kekal sebagai warisan turun temurun.

travelogue malaysia

Itulah antara lawatan hari pertama, kita sambung lagi catatan perjalanan Hari Kedua, Colours of Lives Travelogue Malaysia di catatan akan datang.

BACA: IKUTI SIRI JELAJAR MELAKA OLEH TEAM TRAVELOGUE MALAYSIA DI SINI

 

Kredit:

Colours of Lives Travelogue Malaysia dikendalikan oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia. Manakala 123mamanet.com sebagai rakan media. Terima kasih juga kepada Tourisme Malaysia Johor.

 

Terima kasih kepada para penaja Colours of Lives Travelogue Malaysia – Johor (Utara), Kereta Sewa Gombak- Yushaz Car Rental,Kaseh HQ, Avox Streetwear,Marini Naturale  Magic dan 888tea.