TUDUNG SATIN NAMPAK MEWAH DAN ISTIMEWA

INGIN TAMPIL LEBIH BERGAYA DI HARI RAYA NANTI? PILIHLAH HIJAB ATAU TUDUNG SATIN. IA ADALAH ITEM HIJAB YANG MAMPU MEMBERIKAN EFEK GLAMOUR KERANA MATERIALNYA YANG BERKILAUAN.

 

Sungguhpun begitu, ramai di antara kita yang sering mengeluh ketika memakainya kerana ia cenderung susah dibentuk, licin dan cepat berkedut.

 

Untuk lebih kemas apabila memakai tudung jenis ini kita perlukan jarum peniti sebagai penahannya. Di samping itu, pemakaian anak tudung atau inner dapat membantu membentuk tudung dengan mudah.

tudung satin

BEBERAPA JENIS TUDUNG SATIN YANG SEBAIKNYA KITA KETAHUI

 

  1. SATIN SILKY

Satin jenis ini lebih berkilat daripada satin lain. Di bawah pantulan lampu atau cahaya, material satin jenis silky ini kelihatan lebih berkilat atau bersinar sehingga meninggalkan kesan yang sangat mewah buat si pemakaiannya.

 

Tudung ini memang sesuai kalau kita gayakan sewaktu menghadiri majlis perkahwinan, majlis formal dan juga ketika beraya.

 

  1. SATIN SUTERA

Biasanya satin sutera jenis ini juga dikenali sebagai satin velvet. Satin ini tidak licin seperti satin silky. Warnanya juga tidak terlalu berkilat serta lebih mudah untuk mengayakannya. Biasanya tudung ini dijual dengan pelbagai motif yang berelemen lembut.

 

  1. SATIN REGULAR

Tudung jenis ini lebih mudah kita jumpai kerana harganya cukup murah. Namun, ketika dipakai, tudung ini agak panas. Apatah lagi kalau digayakan pada siang hari dalam cuaca yang panas.

 

Teksturnya yang agak kasar serta panas membuatkan tudung satin jenis ini kurang diminati untuk digayakan di mana-mana majlis.

tudung satin

 

  1. SATIN EMBOSS

Tudung satin jenis emboss biasanya dijual dengan motif-motif yang timbul. Pemakaian tudung satin jika kena gaya dan tempatnya mampu memberikan kesan anggun, classy dan elegan. Tanpa memakai aksesori pun, efek glamor dan mewah jelas terpancar.

 

TIP PENJAGAAN TUDUNG SATIN

  • CARA MENCUCI

Walaupun boleh menggunakan mesin basuh, tetapi basuhan tangan lebih selamat kerana mengguna mesin basuh boleh meregangkan kain satin.

 

Rendamkannya di dalam air yang sabun dan gosokkan dengan perlahan-lahan dan lembut lebih kurang ½ jam. Kemudian rendam seketika dengan perapi pakaian.

 

Setelah itu angkat dan lalukan di bawah air paip untuk membuang sisa-sisa sabun dan perapi pada tudung satin.

tudung satin

 

  • CARA MENGERINGKAN

Letakkan tudung satin yang sudah dibasuh pada permukaan rata dan lapkan air yang belebihan dengan kain kering yang lembut. Letakkan sehingga kering.

tudung satin

  • CARA MENGOSOK

Pastikan anda setkan pada ‘low’ dan gunakan seterika bila perlu sahaja. Adalah lebih baik jika anda menggosok tudung satin ini dengan permukaan yang terbalik iaitu pada permukaan yang tak berkilat.

 

  • CARA MENYIMPAN

Simpan di tempat yang kering dan tidak lembab. Jangan simpan di tempat yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari bagi menjaga ketahanan tudung satin ini.

tudung satin

 

Jadi, sesiapa yang rasa nak bergaya dengan tudung satin di pagi raya, masih sempat lagi ke bazar atau kiosk yang menjual tudung ini. Hari sebelum raya biasanya akan ada lelong yang sangat murah. Jom dapatkan sehelai hari ni.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Facebook