GUARDIAN MALAYSIA LANCAR KEMPEN PENJIMATAN BESAR SEMPENA ULANG TAHUN KE-51

Guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-51 dengan mendedikasikan bulan Oktober untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran istimewa, termasuk penjimatan sebanyak 51% pada lebih 1,000 item.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Soren Lauridsen, berkata: “Kempen ulang tahun ke-51 kami, yang bermula semalam, telah direka untuk melengkapkan kempen Harga Knockdown kami sepanjang tahun yang dilancarkan pada bulan Februari, supaya pelanggan dapat menikmati penjimatan yang lebih besar pada bulan tersebut. ”

 

Ciri utama kempen ulang tahun kami adalah dengan menawarkan pelanggan sejumlah 1,000 item di bawah pembelian “mix & match”, justeru mereka akan menikmati diskaun 51% pada harga item kedua.

ulang tahun

“Apa lagi cara yang lebih baik untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan selain membantu mereka untuk berjimat dan mengurangkan kenaikan kos hidup? Kami percaya pelanggan kami di seluruh negara, termasuk mereka yang lebih suka membuat pembelian dalam talian, akan gembira dengan jumlah produk yang banyak dan diskaun yang besar,” katanya.

 

Di samping itu, terdapat juga in-store Beauty Fair di sepanjang bulan, dengan baucar RM30 akan diberikan bagi pembelian kosmetik dan wangian bernilai RM120 dan ke atas, dalam satu resit.

ulang tahun

Hadiah Misteri Untuk Ulang Tahun Guardian ke-51

Untuk memeriahkan kunungan ke Guardian semasa tempoh ulang tahun ini, Guardian telah melancarkan kejutan Instore, di mana pelanggan pertama yang membelanjakan RM51 dan ke atas di kedai-kedai khusus terpilih di seluruh negara, akan menerima hadiah misteri.

 

Terdapat sekurang-kurangnya satu pemenang setiap hari, dengan sejumlah 51 hadiah yang menunggu pembeli bertuah. Pemenang akan diumumkan setiap hari Khamis di Guardian FB.

Di samping itu, Guardian Malaysia akan memberikan gelang pengesan kesihatan pintar bernilai RM99 untuk membeli produk penjagaan kesihatan melebihi RM250, di kedai-kedai Guardian terpilih.

 

Mengulas lebih lanjut mengenai kempen dan tawaran, Soren berkata, “Guardian telah menjadi jenama terkemuka di Malaysia sejak 51 tahun yang lalu. Kami mempunyai reputasi tentang penawaran pelbagai produk eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Kempen seperti ini membolehkan Guardian memberi tumpuan semula kepada DNA jenama, iaitu untuk sentiasa menawarkan pelanggan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan. ”

ulang tahun

Media Diraikan Dalam Acara “Wellness Retreat”

Sementara itu, sempena ulang tahun ke-51 ini juga, Guardian Malaysia telah mengadakan acara “Wellness Retreat” bersama Media dan Blogger di Melaka.

 

Seramai 30 peserta telah dibawa bersantai ke Melaka dalam program 2 hari 1 Malam. Pebagai acara menarik telah disusun antaranya ialah bermula dengan daftar masuk ke Philea Resort And Spa Melaka, kemudian acara pengenalan oleh BioEssence & Pantene.

 

Diikuti dengan “The Story of Oil Garden’ sebelum semua peserta berpeluang menyaksikan Persembahan Teater di Encore Melaka. Sebelum itu para peserta telah dipersembahkan dengan acara “An Evening To Impress’ bersama L’Oreal & Maybelline.

 

Banyak lagi acara menarik yang telah berlangsung sepanjang dua hari tersebut. Ikuti kupasan lanjut acara ini dalam siaran yang akan datang.

 

Untuk maklumat lanjut dan perincian kempen dan promosi yang berterusan, sila lawat www.guardian.com.my