HIDANGAN TRADISI THE VENUE SHAH ALAM CUKUP MEMBUKA SELERA

BERTEMAKAN GEMA RAMADAN, THE VENUE SHAH ALAM TELAH MENYEDIAKAN BUFET RAMADAN MENU TRADISI KAMPUNG PELBAGAI JENIS YANG SUNGGUH MENYELERAKAN!

 

Jika anda masih mencari-cari lokasi bufet Ramadan di sekitar Shah Alam, bolehlah membuat tempahan atau masukkan The Venue Shah Alam dalam senarai sebagai salah satu tempat berbuka puasa pilihan anda.

 

Lokasi ini terletak di Seksyen 15, Shah Alam ini menampilkan suasana berbuka puasa yang cukup eksklusif. Bertemakan Gema Ramadan, kita akan disajikan dengan pelbagai makanan tradisi kampung yang cukup enak dan menyelerakan.

Venue Shah Alam

Antara menu yang bakal membuatkan kita kecur air liur adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Gulai Kawah, Sambal Udang, Ikan Keli Berlado, Ayam Pandan, Kerabu Mangga dan Gulai Siput Sedut.

Venue Shah Alam Venue Shah Alam Venue Shah AlamVenue Shah Alam

Bagi peminat daging kambing, gabungan Nasi Arab dan Kambing Panggang sudah pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati menu istimewa ini.

Venue Shah Alam

Selain itu, turut disediakan hidangan pencuci mulut dan kuih-muih tradisi Melayu seperti pulut panggang, seri muka dan sebagainya.

Venue Shah Alam Venue Shah AlamVenue Shah Alam

Datanglah sendiri untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Anda pasti teruja dengan senarai menu dan kepelbagaian resipi masakan yang disediakan.

 

THE VENUE SHAH ALAM DIBUKA UNTUK SEBARANG MAJLIS

The Venue Shah Alam mula beroperasi pada awal tahun 2017. Tempat ini merupakan sebuah dewan mewah berhawa dingin yang sesuai untuk meraikan pelbagai majlis.

 

Bukan setakat majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya termasuklah majlis berbuka puasa.

Venue Shah AlamVenue Shah Alam

HARGA YANG DITAWARKAN CUKUP BERPATUTAN

Bufet Ramadan berharga RM63 nett (dewasa) dan RM43 nett untuk kanak-kanak, berusia 4 -12 tahun). Hidangan berbuka puasa bermula dari 6.00 petang sehingga 9.30 malam, mulai 27 Mei ini. Untuk mengelakkan kesesakan sebaiknya anda tempat dulu meja anda.
Kalau rasa nak menikmati masakan Tradisi Kampung, bolehlah datang berbuka puasa di The Venue Shah Alam. Nak senang cari tempat ni guna Google Maps/Waze: The Venue Shah Alam. Atau klik facebooknya.
Venue Shah Alam
Jadikan ramadan anda lebih bererti dengan membawa rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara mara datang berbuka puasa di sini. Selamat berpuasa semua!