VINDA DELUXE LANCAR TISU BAHARU YANG TEGUH DAN LEMBUT

Vinda Deluxe merakamkan momen istimewa cinta kasih antara Shervyn Chua dan Anthony Wong. Setiap wanita menginginkan perkahwinan yang sempurna, dan bagi lelaki pula, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka selain dapat melihat pasangan mereka bahagia. Sepanjang 11 tahun menjalinkan hubungan cinta, banyak dugaan yang telah dilalui oleh pasangan ini.

 

Namun komitmen dan cinta yang teguh di antara mereka berjaya melawan semua halangan, dan akhirnya kisah cinta mereka diakhiri dengan majlis istimewa yang penuh bermakna, dan akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup mereka.

 

Vinda Deluxe, sebuah jenama tisu baharu memilih untuk memperkenalkan jenamanya di Malaysia menerusi majlis perkahwinan pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua, dengan dibantu sentuhan pereka fesyen terkenal, Nurita Harith.

 

Nurita mencipta kelainan dalam industri fesyen di Malaysia dengan menggunakan lapisan dan juntaian fabrik yang indah. Setiap wanita yang memakai rekaannya pasti nampak lebih feminin dan berkeyakinan. Kali ini, gaun perkahwinan unik rekaan beliau memberi nafas baharu kepada rekaan yang sedia di Malaysia.

vinda deluxe

Tisu Vinda Deluxe Lambang Keteguhan Dan Kelembuhan Rumah Tangga

Gaun perkahwinan yang istimewa ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ciri tisu yang teguh dan lembut ini juga akan menjadi sebahagian daripada detik-detik istimewa pasangan yang baru berkahwin. Contohnya, mengemas rumah bersama-sama, menjaga kebersihan diri, mengelap air mata kegembiraan dan memberi sentuhan paling lembut kepada anak mereka kelak.

 

“Saya tidak menyangka kertas tisu boleh digunakan untuk mereka gaun. Teknologi Tenunan Fiber menjadikan tisu ini bukan saja kuat, malah lembut. Keistimewaan tisu Vinda Deluxe ini membuatkan saya berasa seolah-olah seperti sedang menggunakan fabrik lembut,” kata Nurita Harith.

 

“Saya sangat teruja dapat bersama-sama pasangan ini mencipta kenangan terindah dan menghasilkan gaun perkahwinan tisu yang pertama seumpamanya. Terharu rasanya apabila melihat Shervyn kelihatan gembira dan anggun sekali ketika memakai gaun ini.”

 

Pengantin baharu, Shervyn pula ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa girangnya. Menurutnya, “Pengalaman ini sememangnya sangat indah bagi saya dan saya berasa sangat bertuah kerana dapat menyarung gaun perkahwinan Vinda Deluxe yang unik ini. Saya boleh berbangga kerana tiada gaun lain yang seumpama ini di dunia! Saya dan Anthony berbesar hati dapat menjadikan majlis perkahwinan kami sebahagian daripada pelancaran Vinda Deluxe di Malaysia.”

vinda deluxe

Saksikan Kisah Menarik Shervyn di Laman Rasmi Vinda Malaysia

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan sedutan kisah kehidupan pasangan ini di laman rasmi Vinda Malaysia, www.vinda.com.my/thewedding. Video penuh yang memaparkan kisah mereka menjelang hari perkahwinan disiarkan pada 13 September. Pada penghujung September pula, saksikan rakaman di sebalik detik-detik awal penghasilan rekaan Nurita sehingga Shervyn mencuba sendiri gaun tersebut dan akhir sekali, transformasi tisu Vinda Deluxe menjadi gaun perkahwinan yang cantik.

 

“Kami di Vinda Deluxe memberi sepenuh dedikasi bagi memastikan setiap helaian tisu yang dihasilkan mempunyai kualiti terbaik. Saya percaya, sebuah perkahwinan akan bertahan jika diterapkan pendekatan serupa. Shervyn dan Anthony telah membuktikan yang tiada apa dapat menghalang mereka daripada mengecapi kebahagiaan kerana komitmen mereka yang teguh di antara satu sama lain. Kisah cinta mereka menjadi inspirasi kepada kami dan ia turut mencerminkan identiti kami sebagai jenama tisu berkualiti,” kata Evelyn Chan, Pengarah Pengurusan di Vinda Group SEA.

 

“Setiap pasangan perlu berpegang pada nilai-nilai positif untuk terus bahagia dalam hubungan. Sama seperti produk Vinda Deluxe yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, bermutu tinggi dan pulpa kayu import yang 100% asli. Teknologi Tenunan Fiber kami menjadikan tisu tidak mudah koyak apabila basah – Vinda Deluxe bukan saja teguh, malah lembut dan mempunyai daya serapan ekstra. Hanya sehelai tisu diperlukan untuk setiap kegunaan.

 

“Vinda Deluxe ingin menjadi peneraju tisu pengguna dalam kategori premium, dan kami yakin mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap tisu.  Gaun perkahwinan tisu unik ini hanyalah permulaannya. Nantikan lebih banyak idea menarik dari kami,” katanya lagi.

 

Untuk merasai sendiri kualiti tisu Vinda Deluxe, dapatkan pek Vinda Deluxe hari ini di kedai runcit terpilih dan pasaraya di seluruh negara. Para ibu bapa dan kanak-kanak juga boleh menghasilkan gaun perkahwinan tisu mini khas di beberapa lokasi terpilih bermula dari 30 September.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tisu Vinda Deluxe dan aktiviti kempen, layari www.vinda.com.my atau ikuti laman Facebook Vinda Malaysia di www.facebook.com/VindaTissueMalaysia.

 

BACA LAPAN TANDA SUAMI ANDA SAYANGKAN ANDA SEPENUHNYA