WAJIB CUBA! 5 CARA BANGKITKAN SEKS HEBAT SELEPAS BERSALIN

Tidak dinafikan selepas bersalin atau melahirkan anak pertama kebanyakan wanita akan dihantui rasa takut sakit ketika mahu kembali melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Ia adalah sesuatu yang normal, namun perlu diatasi!

Selepas bersalin ada ramai wanita yang cuba menghindari melakukan hubungan seks kerana sakit, atau takut sakit. Lagipun selepas melahirkan anak, ada di antara kaum ibu yang masih dilanda stress sehingga keinginan atau nafsu untuk seks jadi menurun.

Wanita disarankan tidak melakukan hubungan seks lebih kurang 44 hari  (ada juga yang mengamalkan selama 60 hari) selepas bersalin atau setelah melahirkan anak.

Tempoh ini sebenarnya memberikan waktu untuk menyembuhkan segala luka atau kesan di bahagian alat sulit wanita yang menjadi tegang, bengkak ataupun terkoyak.

LIKE & SHARE MAMANET

BACA: SELAMATKAH LAKUKAN SEKS WAKTU HAMIL?

selepas bersalin

BERIKUT BEBERAPA TIP YANG BOLEH DICUBA BAGI MENDAPATKAN SEKS HEBAT SELEPAS BERSALIN:

  1. TERIMA PERUBAHAN FIZIKAL DENGAN HATI YANG TERBUKA

Setelah melahirkan anak tentu sahaja banyak perubahan yang terjadi pada badan wanita. Baik suami, mahupun isteri perlu menerika bahawa perubahan pada bentuk vagina (bersalin normal) atau adanya kesan jahitan di perut (bersalin melalui pembedahan) merupakan perubahan umum selepas bersalin.

Namun, keadaan ini adakalanya turut mempengaruhi hubungan seksual keduanya. Para isteri biasanya akan berasa kurang yakin dengan bentuk badannya selepas habis pantang sehingga mengurangkan peluang untuk jadi lebih ghairah seks.

selepas bersalin

  1. JANGAN KETEPIKAN TEKNIK PEMANASAN ATAU FOREPLAY

Mungkin bagi sang suami keinginan untuk melakukan hubungan seks ini akan jadi lebih bersemangat ataupun memuncak kerana sudah sekian lama terpaksa ‘berpuasa’.
Namun, sang suami tidak boleh mengenepikan soal pemanasan atau foreplay kerana ia boleh meningkatkan keghairahan serta menambah pelinciran vagina sehingga hubungan seks tersebut jadi tidak menyakitkan.

Pasangan perlu melakukan foreplay lebih lama dan biarkan si isteri yang mungkin masih mengalami trauma selepas bersalin ini benar-benar menikmati hubungan intim tersebut. Ia akan membantu untuk mengurangkan rasa sakit di badannya.

selepas bersalin

  1. NYALAKAN KEMBALI API CINTA, BAGAIKAN SEWAKTU BERBULAN MADU

Meskipun kita mungkin bukan wanita yang suka bereksperimen dengan posisi, tetapi selepas bersalin ini apalah salahnya jika kita mencuba posisi baru.

Lakukan percubaan untuk mencari posisi seks yang tepat dan mungkin memberikan sedikit tekanan pada setiap jahitan di vagina.

Sebaiknya pilihlah posisi yang kita mampu memberikan kawalan atas kedalaman alat sulit pasangan.

Posisi wanita di atas atau women on top boleh dijadikan pilihan dan pastikan melakukannya dengan kelajuan yang perlahan supaya ianya menjadi lebih nikmat.

selepas bersalin

  1. JANGAN KETEPIKAN SENAMAN KEGEL UNTUK MENGUATKAN OTOT-OTOT VAGINA

Otot-otot vagina yang longgar perlu dirapatkan atau ditegangkan kembali selepas bersalin secara normal.

Senaman kegel atau kemut cukup mudah untuk dilakukan dan ianya sangat efektif apabila dilakukan secara teratur.

Kita boleh melakukannya ketika duduk ataupun berbaring. Kemutkan otot seperti ketika mahu lakukan untuk menghentikan air kencing. Rasakan vagina dikemut dan biarkan selama 3 saat dan relaks seketika sebelum mengulangi kemutan selama 3 saat.

Buatlah langkah ini antara 10-15 kali bagi satu sesi. Untuk hasil yang mengagumkan, lakukan tiga kali sehari secara teratur.

selepas bersalin

Itulah beberapa cara untuk membangkitkan seks hebat selepas bersalin atau melahirkan anak yang boleh dipraktikan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.