WAJIB TAHU!  5 “UBAT KUAT” UNTUK BAKAL PENGANTIN

Sebagai bakal pengantin, sudah tentu kita berusaha untuk menjaga kesegaran badan dengan bersenam dan melakukan diet sihat. 

Selain itu, kita juga tidak boleh abaikan untuk menjaga kesihatan diri dengan pengambilan vitamin. Dengan pengambilan vitamin secara teratur boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan menjaga stamina ketika majlis berlangsung.

Tubuh bakal pengantin akan tetap fit dan tidak nampak lesu atau tidak bermaya ketika bersanding di atas pelamin nanti.

BACA: 5 ALASAN KENAPA ANAK MUDA SEKARANG PILIH KAHWIN MUDA

LIKE & SHARE MAMANET

bakal pengantin

 

 

BERIKUT BEBERAPA VITAMIN YANG DISARANKAN DIAMBIL OLEH PARA BAKAL PENGANTIN MENJELANG HARI PERKAHWINAN:

  1. MULTIVITAMIN

Pengambilan multivitamin sangat bagus untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Mana-mana bakal pengantin sedang meniti hari bahagia, jangan lupa mengambil vitamin walaupun tengah gigih berdiet.

Multivitamin juga berperanan sebagai pelawan stress dan mencegah kekurangan pengambilan nutrisi. Selain itu, energi dalam sehari yang diperlukan oleh badan mampu dipenuhi dengan bantuan multivitamin.

Untuk mendapatkan multivitamin yang sesuai atau tepat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

bakal pengantin

  1. VITAMIN C

Minumlah vitamin C supaya tidak mudah jatuh sakit. Apatah lagi, menjelang hari perkhawinan sudah pasti bakal pengantin cukup sibuk menguruskan segala persiapan. Secara tidak langsung daya ketahanan badan akan turut terganggu.

Di samping itu, vitamin C juga berfungsi sebagai persenyawaan pembentukan kolagen yang merupakan protein penting dalam penyusunan jaringan kulit, tulang, sendi dan sebagainya.

Bahkan tingginya kandungan antioksidan pada vitamin C juga mampu menghancurkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan.

Vitamin C juga boleh didapati dari sayur-sayuran seperti ubi kentang, bayam, brokoli, kubis, paprika hijau, lobak merah, labu, rumpai laut dan juga kubis bunga.

bakal pengantin

  1. OMEGA 3

Omega 3 mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan. Selain meningkatkan pembakaran tubuh,anti inflammatory, menurunkan lemak jahat, Omega 3 juga dapat membantu mengurangkan depresi yang kerap dihadapi oleh bakal pengantin.

Bahan semulajadi Omega 3 boleh diperoleh pada kacang-kacangan, ikan salmon, belut, minyak ikan kod, bayam, kangkung, kobis bunga, kacang buncis, salad, strawberi dan juga minyak zaitun.

bakal pengantin

  1. BIOTIN

Biotin sangat diperlukan oleh bakal pengantin wanita bagi mendapatkan rambut, kulit dan kuku yang lebih sihat.

Biotin atau vitamin B7 ini juga sering dipanggil vitamin H dan merupakan vitamin yang larut di dalam air. Vitamin B7 mempunyai sifat yang tidak mudah rosak dalam beberapa keadaan seperti terkena bahang panas, sinaran matahari dan udara.

Vitamin ini memainkan peranan dalam pembentukan energi  dan terbukti mampu meningkatkan kekuatan badan termasuklah untuk kekuatan rambut, daya tahan kuku dan mempercantikan kulit.

Sumber semulajadi dari biotin ada pada kacang-kacangan, keju, hati, susu kambing, susu lembut, lobak merah, cendawan, kacang soya, roti gandum dan kuning telur.

bakal pengantin

  1. VITAMIN B12

Kesibukan menyiapkan kelengkapan perkahwinan  seringkali membuatkan bakal pengantin menjadi mudah stress dan penat.

Pengambilan vitamin B12 mampu memperbaiki energi dan meningkatan sistem ketahanan badan serta meningkatkan fungsi otak.

Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti ikan, ketam, kerang, ikan salmon, tiram, sereal, susu rendah lemak, telur dan daging merah.

bakal pengantin

Itulah beberapa manfaat vitamin yang diperlukan oleh bakal pengantin untuk kesihatan dan kecantikan menjelang hari bahagia. Semoga bermanfaat!

(Visited 2 times, 1 visits today)