WANITA MALAYSIA DIRAIKAN SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2017

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2017, sebuah buku eksklusif berkenaan kejayaan 15 wanita Malaysia telah dilancarkan.  Mereka terdiri daripada orang biasa dan personaliti terkenal seperti Marina Mahathir, Nisha Ayub, Amber Chia, Ras Adiba Radzi dan Ivy Josiah.

Setiap wanita mempunyai kisah pahit manis mereka yang tersendiri. Sebagai penghargaan kepada kaum wanita dan untuk meraikan kejayaan mereka, buku testimoni ini telah dilancarkan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) dengan kerjasama majalah Her World.

Majlis pelancaran buku ini telah dihadiri oleh Sarah Chen, Dynas Mokhtar dan Samantha Katie James yang turut berkongsi pengalaman serta kisah kejayaan masing-masing sebagai tambahan kepada kisah-kisah yang terdapat dalam buku tersebut.hari wanita antarabangsa

BACA: MOTIVASI DIRI LAHIR DARIPADA KESULITAN YANG DAHSYAT

LIKE & SHARE MAMANET

BUKU EKSKLUSIF DILANCARKAN SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

“Kaum wanita di seluruh dunia memberi sumbangan besar dalam setiap jenis industri, tidak kira jika mereka pekerja ladang kopi atau pemimpin korporat. Oleh itu, kami sentiasa berusaha bagi memastikan para wanita diberi peluang yang adil dan sama rata di setiap peringkat pekerjaan,” kata Nadiah Ong Abdullah, Naib Presiden CB&TL.

“Sempena Hari Wanita Antarabangsa dan sebagai tanda ulang tahun ke-20 kami di Malaysia, kami berbesar hati untuk menghasilkan buku eksklusif ini dengan kerjasama majalah Her World. Kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada kaum wanita dan adalah suatu penghormatan buat kami untuk berkongsi kisah-kisah wanita hebat ini,” tambahnya lagi.hari wanita antarabangsa

KISAH PENUH INSPIRASI SEBAGAI PANDUAN UNTUK WANITA

Dikisahkan daripada perspektif seorang ibu, eksekutif, aktivis dan selebriti, setiap testimoni menceritakan tentang cabaran yang mereka lalui sebelum memperoleh kejayaan.

Paling utama, mereka berkongsi bagaimana mereka berjaya mengatasi rasa takut dan tidak yakin melalui daya keazaman dan kesungguhan yang tinggi.

Kisah mereka yang penuh keterujaan, menarik dan mencuit hati sememangnya meraikan dedikasi dan perjuangan kaum wanita untuk menggapai impian dan mengejar cita-cita mereka.hari wanita antarabangsa

Dapatkan buku ini dengan setiap majalah Her World isu Mac dan baca kisah mereka sambil menikmati secawan minuman lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®.

hari wanita antarabangsa

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan promosi  CB&TL bagi bulan MAC, layari laman Facebook CB&TL di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web mereka di www.coffeebean.com.my.

 

(Visited 1 times, 1 visits today)