Wanita Matang Lebih Digilai Lelaki?

Jika anda antara lelaki yang disuruh memilih, wanita matang atau wanita muda, mana satu pilihan hati? Bahkan benarkah wanita matang lebih berani dan yakin dengan diri sendiri? 

 

Wanita muda dikategorikan berumur 18-25 tahun, manakala wanita matang pula berumur antara  33-45 tahun. Lelaki dikatakan lebih banyak melihat wanita dari segi fizikal, sedangkan wanita pula melihat dan menilai lelaki dengan perasaan. Dalam hal ini, selalunya khalayak akan berpendapat bahawa wanita muda akan lebih menarik perhatian lelaki naif. Bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, mereka lebih senang dengan wanita yang matang.

 

Cinta tak kenal siapa, sekalipun usia! Ternyata, ramai kaum lelaki yang lebih menyukai wanita yang jauh lebih tua atau matang dari mereka. Masing-masing mempunyai alasan untuk jatuh cinta pada wanita yang lebih matang ini.

 

wanita matang

 

KETAHUI RAHSIA KECANTIKAN WANITA JEPUN, KLIK SINI

 

Berikut  beberapa alasan mengapa lelaki memilih wanita matang untuk dijadikan pasangan hidup:

 

 

wanita matang1. Lebih Stabil

Wanita yang lebih berusia dianggap lelaki lebih stabil dari segi mental dan fizikal. Mereka mampu berfikiran jauh lebih dewasa dan cenderung lebih bijak dalam menangani masalah.

Setiap permasalahan yang melanda hubungan dapat diselesaikan secara matang tanpa perlu diakhiri dengan perpisahan.

Bahkan dengan kedudukan kerjaya dan kewangan yang lebih stabil, wanita berusia tidak perlu bergantung kepada lelaki. Mereka hanya perlukan perhatian dan kasih sayang yang ikhlas.

 

 

2. Banyak Pengalaman Hidup

Wanita matang tentunya mempunyai banyak pengalaman dalam segala urusan, termasuklah soal hubungan seks. Perkara inilah yang dikaitkan dengan kemataangan.

 

 

3. wanita matangSentiasa Berdikari

Wanita muda yang cantik dan manja memang kelihatan menggoda, namun wanita berdikari sering menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan calon isteri.

 

Wanita matang, cenderung lebih berdikari berbanding dengan wanita yang jauh lebih muda.

 

 

wanita matang4.  Hebat Diranjang

Mengahwini wanita yang lebih berusia terutama yang berpengalaman (pernah berkahwin) merupakan satu keuntungan tersendiri buat mana-mana lelaki.
Selain tidak lagi ‘malu-malu kucing’ dan lebih berani, pengalaman di atas ranjang sudah pasti merupakan nilai ekstra untuk mendapatkan kualiti seks yang jauh lebih baik.

 

 

 

wanita matang5. Lebih Menarik Dan Penyayang

Ramai lelaki berpendapat bahawa wanita matang kelihatan lebih seksi dan anggun. Berbeza dengan wanita mua yang masih menonjolkan gaya ‘gedik’ dan sebagainya.  Selain itu, wanita matang juga memiliki self control dan mampu menjadi pendengar yang baik.

 

Bahkan wanita jauh lebih berusia juga mempunyai wawasan yang luas, lemah lembut dan penyayang orangnya.

 

6. Pandai Mengambil Hati

Kebanyakan lelaki menganggap bahawa wanita yang usianya lebih berusia mempunyai komunikasi yang baik.

 

Dalam erti kata lain, lebih pandai mengambil hati, senang diajak berbual dibandingkan dengan wanita yang usianya lebih muda atau sama usia dengan mereka.

 

 

Meskipun ramai lelaki beranggapan berpasangan dengan wanita muda tidak membosankan, namun  tetap ada lelaki yang tergila-gilakan wanita lebih tua ini.

 

Jadi, bagaimana dengan anda sebagai lelaki?  Apakah anda juga lebih berminat untuk bercinta dengan wanita matang? Tepuk kepala, tanya hati!

 

LIKE & SHARE MAMANET