TANGKAP GINGERBREAD MAN DI WINTER WONDERLIGHTS, SOVEREIGN HILL

TANGKAP GINGERBREAD MAN KETIKA IA CUBA MELARIKAN DIRI DARI PENGUNJUNG  YANG MELEWATI WINTER WONDERLIGHTS DI SOVEREIGN HILL YANG MERAYAKAN  HARI KRISMASNYA  PADA BULAN JULAI.

 

Tatkala bunyi kereta gergasi bergema di seluruh perbandaran Sovereign Hill, dan salji memenuhi ruang udara, pelawat akan dihiburkan dengan acara khas Krismas gaya Eropah di bawah cahaya terang  Sovereign Hill pada 1 Julai hingga 30 Julai 2017.

 

Bangunan-bangunan bergaya Victoria kembali hidup melalui keajaiban persembahan cahaya berskala besar dalam pertunjukan Winter Wonderlights  yang mempesonakan, dan kanak-kanak boleh cuba menangkap Gingerbread Man kerana dia akan bergerak dari bangunan ke bangunan, mengintai dari lampu dan animasi bertema Krismas!

 

Dengan lebih daripada 20 bangunan bercahaya dengan animasi yuletide, termasuk New York Bakery, Hotel Amerika Syarikat dan Dewan Apothecaries, serta lebih dari 10km lampu di seluruh taman Sovereign Hill, acara ini merupakan persembahan cahaya terbesar yang pernah diadakan di dalam satu laman di Australia.

Winter Wonderlights

 

BERMANDI SALJI DI PESTA WINTER WONDERLIGHTS 

Pada siang hari, seluruh perbandaran Sovereign Hill akan menjadi sebuah bandar lama yang menarik. Pengunjung boleh bersiar-siar di Main Street dengan butiran salji berguguran di atas bangunan gaya Victoria.

Winter Wonderlights

Anda pasti terpesona dengan hiasan mengisi paparan tingkap, bau juadah dan rempah Krismas mengisi udara, dan pantomim bertema tradisional yang dipersembahkan.

Winter Wonderlights

Bahkan, pengunjung boleh meneroka  pasar Krismas untuk membeli hiasan menarik atau mencuba beberapa hidangan tradisional seperti biskut Gingerbread.

Winter Wonderlights

Pada waktu malam, apabila matahari tenggelam, Main Street akan berkilau dengan persembahan pancaran cahaya yang menakjubkan dengan lebih daripada 20 bangunan Sovereign Hill menyala dalam imej berskala besar dan animasi Krismas.

Winter Wonderlights

PASPORT KHAS UNTUK TANGKAP GINGERBREAD MAN

Pertunjukan ini yang bertema muzik Krismas, akan menjadi lebih besar dan lebih terang berbanding sebelum ini dengan lebih kebanyakan bangunan mengeluarkan cahaya yang mengagumkan, membangkitkan semangat dan pesona Krismas.

 

Pengunjung akan diberikan pasport khas, supaya mereka dapat mencari Gingerbread Man yang nakal dan bersembunyi dalam bangunan.

 

Kotej dan taman di depan  Main Street juga akan dipenuhi dengan limpahan cahaya, dan lilin akan menari-nari di tingkap kedai. Jadi,  tidak kira ke mana pun anda melihat, pesona tahun 1850-an akan membuat  Sovereign Hill bercahaya keemasan.

 

Penghibur, termasuk ahli ilusi dan akrobat  akan menggembirakan pengunjung dengan kemahiran ajaib mereka. Pelawat boleh menikmati keseronokan musim sejuk dengan aktiviti untuk semua peringkat umur, dan ketika matahari terbenam, Sovereign Hill akan disimbah cahaya setiap malam selepas 5.45 pm.

 

Sovereign Hill baru-baru ini telah digelar  ‘Major Tourist Attraction’ di Australian Tourism Awards,  Qantas Australia. Kemenangan ini merupakan kemenangan terkini selepas merangkul angerah ‘Major Tourist Attraction’ di RACV Victorian Tourism Awards untuk kali ketiga berturut-turut, selain  anugerah RACV People’s Choice untuk Favourite Regional Attraction.

Winter Wonderlights

Bila:             Winter Wonderlights Christmas di Sovereign Hill pada acara Julai

Sabtu, 1 Julai – Ahad, 30 Julai, 2017. Dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi.

Pertunjukan ‘Winter Wonderlights’ akan bermula setiap petang selepas 5.45 pm.

 

Di mana:  Sovereign Hill, 3 Bradshaw Street, Ballarat, 3350

 

Kos:            Kemasukan umum: Dewasa $ 59.50, Kanak-kanak (5-15) $ 27.00. Konsesi ($ 47.60),

Keluarga ($ 150.00) dan Keluarga Tunggal ($ 107.00)

 

Web: www.sovereignhill.com.au

 

#visitmelb

FB: visitmelbourne

IG:    @visitmelbourne

Twitter: @melbourne