WIPRO UNZA LANCAR SAFI EXCELLENCE IN RESEARCH & INNOVATION CENTRE

Wipro Unza sedar golongan wanita tempatan terutamanya yang beragama islam mementingkan produk kecantikkan yang diyakini halal. Oleh kerana isu halal merupakan sesuatu yang penting yang dititik berat oleh pengguna di Malaysia, SAFI Excellence in Research & Innovation Centre (SERI) memastikan produk kecantikan yang dirumus dan dibangunkan melalui pemprosesan kualiti yang ketat demi memastikan ia halal.

 

Ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dengan pelaburan awal sebanyak RM10 juta, SERI merupakan pusat kajian dan inovasi bagi pembangunan Wipro Skin Research & Innovation Centre. Dalam tempoh masa 5 tahun, Wipro Skin Research and Innovation Centre telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM30 juta, sekaligus menjadikannya sebagai makmal penjagaan kulit Halal yang terbesar dan termaju di dunia.

 

SERI dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan diuruskan oleh lebih daripada 100 penyelidik dan saintis dari pelbagai bidang antaranya bidang biologi molekul, imunologi, kimia fizikal, kimia organik, kimia analisis, kejuruteraan kimia dan biokimia, di mana mereka menghasilkan produk-produk yang mampu milik namun berkesan.

Wipro Unza

Wipro Unza Membawakan SERI Sebagai Pelopor Dalam Industri

 

Kemajuan produk-produk yang dihasilkan semuanya bermula dengan langkah mengkaji dan mendalami pengetahuan mengenai kulit pengguna di Asia dan kesan cuaca di rantau ini terhadap kulit pengguna Asia. Dengan ini, SAFI berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam menghasilkan produk-produk penjagaan kulit.

Wipro Unza

Selain dari produk-produk penjagaan kulit, SAFI turut mempunyai rangkaian produk yang luas yang merangkumi syampu, penjagaan rambut, losyen, talkum, deodoran, minyak, ubat gigi dan yang terkeni merupakan krim mandian dan juga minuman kecantikan kolagen.

Wipro Unza

SERI juga telah mempelopori teknologi dalam industri penjagaan kulit di Malaysia dengan inovasi Nano Emas di mana ia diformulasikan ke dalam rangkaian produk Anti-Penuaan SAFI Rania Gold. Dengan penyatuan enkapsulasi Nano, bahan-bahan bio aktif seperti sebatian pencerahkan kulit menjadi lebih stabil dan berkesan untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam pada kadar yang lebih cepat.

Wipro Unza

SAFI telah menjalankan ujian usia biologi kulit melalui kajian klinikal ke atas wanita tempatan demi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pengguna di Asia dan spesifikasi kulit penduduk Asia. Selain itu, Model kulit 3D juga telah dibina khas untuk meneliti tahap molekul pada kulit dan sekaligus memastikan keberkesanan dan keselamatan produk sekaligus menghindari daripada proses ujian ke atas haiwan.

Wipro Unza

Pusat SERI Wipro Unza ini akan membuka tirainya kepada khalayak umum dan memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada SERI Laboratory Tour and Skin Analysis pada September 2018.

Oleh kerana lawatan ini terhad kepada beberapa individu sahaja, pendaftaran awal perlu dibuat di laman sesawang https://safi.com.my/seri/.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai SERI dan promosi terkini SAFI, sila lawat:

Laman sesawang SAFI di www.safi.com.my,

Facebook SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia

Instagram SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia

 

Pastikan anda memilih produk yang terbukti berkesan dan selamat seperti yang dihasilkan melaluikan penyelidikan di Wipro Unza.