Busana Muslimah Dengan Gaya Terkini Zacheela

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama busana Muslimah, Zacheela, keterujaannya baru bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.

 

gaya muslimah

Zacheela telah menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah. Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.

 

6 ITEM PERLU ADA UNTUK LEBIH BERGAYA

 

Lima Koleksi  Busana Muslimah Zacheela :

 

 

gaya muslimahAlessandra

Keunikan corak baroque pada koleksi ini melantangkan gaya mewah dan glamor dengan rona hitam. Signatur rekaan ini memberi kelainan kepada fashionista yang meminati penampilan mewah dan elegan sekaligus tampak yakin berfesyen.

 

 

 

 

 

Fiorella

gaya muslimahLukisan tangan dengan bermotifkan flora digunakan agar pemakainya tampak lebih manis dan ayu. Dua warna lembut iaitu ungu dan dusty green yang dilakar pada fabrik, menambahkan ciri kelembutan dalam koleksi ini. Bagi yang meminati gaya feminin dan romantis, Fiorella adalah pertaruhan terbaik anda.

 

 

 

 

 

 

gaya muslimahSophia

Dominasi cetak Moroccan yang classy ini sempurna digayakan ke pelbagai acara. Rona biru dan hijau lembut ini pasti memukau mata yang memandang.

 

 

 

 

busana muslimahMalena

Koleksi ini mengetengahkan rekaan corak abstrak yang sangat unik. Merah jambu yang merupakan signatur butik Zacheela diilham dalam koleksi ini bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.

 

 

 

busana muslimahBahira

Koleksi ini diinspirasikan daripada corak modern geometric, sebagai pilihan buat wanita yang inginkan gaya lantang. Kombinasi warna biru dan putih menyerlahkan sisi berani mencipta sensasi pada pemakai.

 

 

 

 

 

 

Istimewanya pada acara ini turut ditonjolkan ialah Blissful Blossom, keluaran eksklusif Zacheela. Limited edition couture ini kombinasi polos warna peach pink yang dihiasi dengan swarovski crystal dan mutiara premium. Ia direka khas buat wanita yang ingin tampil anggun dan mahukan kelainan di majlis istimewa mereka.

 

 

Koleksi wajib dimiliki yang terdiri daripada Kurung Plain, Kurung Printed, Blouse Skirt, Cardigan, Dress dan Blouse Pants ini menyasarkan golongan belia bekerjaya yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan. Menyediakan saiz XS hingga XXL, harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM179 hingga RM299.

 

Istimewanya pada acara ini, Zacheela menampilkan aktres terkenal tanah air, Anzalna Nasir sebagai duta jenama eksklusif.

 

Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi yang juga Pengasas Zacheela, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, koleksi yang ditampilkan banyak bermain dengan keberanian dalam membawa elemen inovatif dan trend terkini serta didatangkan dalam pelbagai warna. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar fesyen Muslimah.

 

“Kami berusaha  menghasilkan sesuatu yang unik agar peminat sentiasa tergoda untuk memiliki koleksi kami.  Bagi memenuhi kehendak pengikut fesyen, kami memperkenalkan koleksi baru pada setiap dua minggu,” katanya.

 

Dalam pada itu, menurutnya acara pertunjukan fesyen Glamorous Devotion ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan jenama Zacheela di mata peminat fesyen tanah air.

 

“Acara seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan jenama kami dan mampu membina kepercayaan para penggemar fesyen. Walaupun kami sedar begitu banyak butik yang menawarkan busana Muslimah di pasaran, Zacheela menerimanya sebagai satu persaingan sihat dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui servis dan kualiti.”

 

LIKE & SHARE MAMANET