ZAKAT2U VERSI 4.0 OLEH PPZ-MAIWP MEMANG CUKUP UNIK! 

Baru-baru ini telah berlangsung majlis Pelancaran ZAKAT2u versi terkini 4.0 di Wisma PPZ-MAIWP. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIW, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIW, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Menyedari masyarakat hari ini cenderung mengikuti tren teknologi, PPZ-MAIWP berharap segala kemudahan yang  dibuat ini dapat dimanfaatkan oleh pembayar zakat dan juga bakal pembayar zakat.

Zakat2u

Ternyata PPZ-MAIWP sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.

 

Pembayaran zakat  secara online telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan mendapat sambutan yang cukup menggalakan. Ahmad Shukri yakin, target kutipan zakat untuk 2018 mampu mencecah RM25 juta berbanding RM15 juta yang diperoleh sepanjang tahun lepas. Apatah lagi, setelah melihat penambahan sebanyak 25 peratus jumlah pembayar zakat untuk tahun ini.

 

KLIK SINI UNTUK VIDEO

 

Penambahbaikan perkhidmatan pembayaran zakat2u versi 4.0, ini  mempunyai banyak kelebihan selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini. Semua ini dilakukan bagi memudahkan masyarakat umum di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajipan berzakat.

 

Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi dalam talian dengan lebih mudah dan cepat.

Zakat2u

Kelebihan Zakat2U 4.0

 

* CHATBOT ZAKAT

Apa yang menarik dan uniknya Zakat2u 4.0 adalah dengan menampilkan Ustaz Amil di peti perbualan (chatbox) FB Messenger. Ustaz Amil adalah robot alam maya yang ditugaskan selama 24 pada setiap hari untuk melayan atau menjawab segala pertanyaan atau permasalahan yang dikemukan termasuklah bab kiraan, pembayaran dan juga semakan.

 

* KULKULATOR ZAKAT

Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas.Melalui kalkulator zakat anda boleh mengetahui adakah anda layak ataupun tidak untuk berzakat.

 

* TROLI ZAKAT

Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat.

 

* RESIT RASMI

Penggunaan resit rasmi bayaran atas talian dikeluarkan setelah pembayaran berjaya dibuat.

 

* BACAAN DOA

Bacaan doa untuk para muzzaki setelah selesai pembayaran zakat.

 

*VIDEO TUTORIAL

Panduan tentang pengiraan zakat.

 

Zakat2u 4.0, jelas membuktikan tiada lagi halangan untuk kita semua yang telah cukup syarat untuk menunaikan zakat. Teknologi seperti ini juga semakin memberikan kemudahan kepada seluruh umat Islam membayar zakat, menunaikankewajipan yang telah ditetapkan-Nya. Sekaligus dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

 

Untuk info atau maklumat lanjut hubungi Talian Zakat: 1-300-88-5757

Layari: https://www.zakat2u.com.my/

 

#ppzmaiwp #ppzwilayah #zakat2u #bayarsekarang #lagimudah #lagimudahzakat2u #lagimudahzakatwilayah #lagimudahzakatppz