Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
baby baru lahir

6 CARA PENJAGAAN BABY BARU LAHIR

Posted on 02/24/201702/24/2017 by 123mamanet

Baby atau bayi yang baru lahir perlu diberikan perhatian dan penjagaan yang super ekstra. Ini adalah kerana baby baru lahir masih berada dalam keadaan yang lemah sehingga memerlukan penjagaan rapi.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA CARA PENJAGAAN BABY BARU LAHIR YANG PATUT DIBERIKAN PERHATIAN:

Penjagaan baby baru lahir ini bertujuan supaya bayi sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Jika kesihatan bayi baik, maka proses perkembangan atau tumbesarannya pun akan berjalan dengan baik.

Penjagaan untuk baby baru lahir pun perlu dilakukan secara menyeluruh, dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kakinya.

BACA: PUNCA LIDAH PUTIH PADA BAYI, SISA SUSU ATAU KULAT?

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

baby baru lahir

BERIKUT BEBERAPA CARA PENJAGAAN BABY BARU LAHIR YANG PATUT DIBERIKAN PERHATIAN:

  1. TALI PUSAT

Penjagaan di kawasan tali pusat  bayi yang baru lahir diperlukan keteletian. Ini adalah kerana bahagian ini mudah terkena infeksi.

Tali pusat yang belum tanggal secara tidak sengaja akan terkena air ketika bayi sedang dimandikan. Jadi, kita perlu segera mengeringkannya dengan menggunakan cotton buds atau kain kasa yang disteril.

Biasanya tali pusat bayi akan tertanggal antara seminggu hingga dua minggu selepas kelahirannya. Tetapi ada juga yang terjadi lebih cepat atau lagi lambat. Usahakan agar kawasan tali pusat tersebut tetap kering dan amati tanda-tanda infeksi.

baby baru lahir

  1. KULIT

Kulit bayi yang baru lahir sangat sensitif dan mudah mengalami iritasi. Pastikan kita memilih dan menggunakan produk penjagaan untuk kulit bayi seperti losyen, bedak, minyak telon dan baby oil setelah memandikannya.

Produk-produk tersebut akan menjaga kulit bayi dalam keadaan lembut, halus dan tidak basah kerana peluh.

Selain itu, jangan lupa untuk membersihkan bahagian pelipat kulit bayi dengan menggunakan baby oil atau tisu basah non alkohol kerana bahagian tersebut terdapat kotoran-kotoran yang tersembunyi dan perlu dibersihkan.

baby baru lahir

  1. KULIT KEPALA DAN RAMBUT

Cradle crap atau kerak kulit kepala sering terdapat pada baby baru lahir. Boleh gunakan baby oil, biarkan selama 10-15 minit. Sapu perlahan-lahan dan cucilah sehingga bersih.

Pembersihan kulit kepala bayi perlu dilakukan dengan berhati-hati dan tidak boleh dilakukan dengan kuat atau keras. Di samping itu, pastikan agar kulit kepala bayi tetap sejuk dan kering kerana kerak di kulit kepalanya ini boleh menjadi semakin parah apabila kulit kepalanya berpeluh.

Elakkan memakai topi pada bayi kecuali jika memang diperlukan, misalnya membawa bayi keluar rumah dan tanggalkan topi tersebut jika bayi berada dalam kenderaan atau di dalam rumah.

Di samping itu, bagi penjagaan rambut bayi baru lahir diperlukan syampu khas untuknya. Rambut bayi yang baru lahir dalam keadaan kotor dan perlu dibersihkan dengan segera dengan menggunakan syampu.

Pilihlah syampu yang mengandungi vitamin supaya rambut bukan hanya bersih, tetapi juga sihat. Biasanya rambut bayi yang baru lahir akan dibotakkan setelah beberapa minggu dilahirkan sehingga bersih.

Kepalanya kini tidak memiliki sehelai rambut pun ataupun botak. Untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut pada kepala bayi yang baru lahir gunakan sahjaa daun seleri.

baby baru lahir

  1. MATA DAN TELINGA

Bahagian mata bayi pun memerlukan penjagaan kerana aktiviti baby baru lahir hanya tidur sahaja, sehingga menimbulkan banyak kotoran atau tahi mata di sekitar bahagian matanya.

Begitu juga dengan bahagian telinga. Kotoran-kotoran yang muncul perlu dibersihkan segera supaya tidak melekat serta mengundang infeksi  dan sebagainya.

baby baru lahir

  1. KUKU

Kuku bayi yang baru lahir jangan dibiarkan dalam keadaan panjang kerana ia boleh melukainya. Segeralah memotong kuku tangan dan juga kakinya dengan berhati-hati.

Memotong atau menggunting kuku bayi boleh dilakukan ketika tidur. Mintalah bantuan seseorang itu memegang tangannya ketika memotong kukunya.

Sebaiknya selalu gunakan pemotong kuku yang hujungnya membulat ataupun sedikit tumpul bagi menghindari kulit kukunya agar tidak ikut terpotong.

Selain itu, selalu pastikan kotoran-kotoran yang terdapat di dalam kuku tersebut dibersihkan.

baby baru lahir

  1. KENALI PENYAKIT BABY BARU LAHIR

Kolik, hidung tersumbat, ruam lampin bayi, lidah putih, infeksi mata, kecacingan dan juga demam selepas mengambil imunisasi merupakan beberapa jenis penyakit yang sering menyerang bayi baru lahir.

Ketika mengalami keadaan tersebut, biasanya bayi akan meragam dengan tangisan yang sedikit luar biasa. Sebaiknya segera mencari penyebab dan cara untuk mengatasinya. Jika perlu, jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan doktor.

Itulah antara beberapa penjagaan baby baru lahir. Semoga artikel ini bermanfaat dan mampu menambah pengetahuan kita dalam penjagaan bayi.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme