Baby yang baru bertatih atau berjalan biarpun berjalan-jatuh tetap perlu diberikan perhatian khusus. Memakaikannya sembarangan kasut baby boleh menyebabkan kerosakan kaki si manja anda dan menjejaskan tumbesarannya kelak.
Kasut baby yang sesuai dan sepadan saiz di kaki (tidak terlalu besar atau kecil) cukup disyorkan supaya pertumbuhan si manja tidak terganggu.
Kasut yang kecil saiznya boleh menganggu perkembangan tulang dan juga otot serta saraf di kaki bayi. Bahkan, jika terlalu kerap memakai kasut yang ukurannya terlalu kecil, boleh juga membuatkan tulang kaki si manja menjadi tidak nomal kerana masih muda dan lembut.
Jika terlalu besar pula pun tidak bagus. Walaupun boleh dipakai lama, tetapi disebabkan kasut baby yang besar atau tidak sesuai dengan saiz kakinya itulah boleh membuatkan proses berjalan si manja anda menjadi lambat
Ketahui juga cara potong kuku bayi dengan selamat.
Berikut beberapa tip memilih kasut baby yang perlu diketahui:
1.
Cari rekaan kasut yang mudah untuk dipakai dan dibuka atau ditanggalkan.Ketika berjalan bayi memerlukan alas kaki yang fleksibel untuk mengikuti bentuk kakinya ketika melangkah.
- Sebelum membeli kasut, pastikan anda telah mencuba di kedua-dua belah kakinya. Jangan hanya yakin dengan nombor atau saiz yang tertera di kasut yang pernah dibeli sebelum ini.
Ini adalah kerana kaki si manja membesar dengan cepat. Jadi, pastikan anda selalu mencuba kasut yang ingin dibeli terlebih dahulu pada si manja anda.
- Perhatikan juga berat atau ringannya kasut baby tersebut. Jika terlalu berat, sudah pasti akan membuatkan si manja kita sukar untuk melangkah atau mengangkat kakinya sedangkan dia sendiri baru hendak belajar berjalan.
Jangan disebabkan kerana kasutnya yang agak berat, si manja anda jadi malas untuk berjalan.
-
Carilah kasut yang di bahagian tapaknya bergaris-garis atau bergelombang (bukan yang tapaknya rata atau licin) supaya si manja tidak mudah tergelincir.
- Jika mahu membelikan si manja kasut yang agak formal dari kulit yang mempunyai tapak yang rata, anda perlu tampalkan plaster atau pita pelekat di bahagian tapak kasut tersebut supaya tidak licin.
- Sebaiknya kita pilih rekaan kasut baby yang bahagian depannya lebar. Elakkan memilih rekaan kasut yang bahagian depannya runcing dan sempit kerana ia akan membuatkan kaki serta jarinya sakit serta tidak selesa untuk bergerak.
Kulit bayi sangat halus dan sensitif. Sebaiknya pilihlah material kasut yang lembut dan tidak berisiko menimbulkan kecederaan atau luka.Pastikan juga material yang dipilih boleh membuatkan kulit bayi bernafas supaya kakinya tidak berpeluh dan ditumbuhi ruam.
-
Hindari membeli kasut baby dengan rekaan bertali. Ini adalah kerana si manja anda sedang aktif, kemungkinan tali kasutnya akan mudah terlepas ikatannya. Jika anda terlupa atau tidak sempat untuk mengikatnya kembali, tidak mustahil ia akan membahayakan si manja.
Untuk mengetahui apakah ukuran atau saiz kasut yang akan dibeli itu betul-betul sesuai atau belum, cuba picit atau tekan perlahan-lahan hujung kaki si manja ketika memakai kasut tersebut.
Sebaiknya, jarak antara hujung kaki dengan kasut adalah sekitar 2cm. Keadaan ini akan membuatkan kaki si manja anda masih boleh bernafas dan bergerak serta mengecilkan risiko melecet.
- Di samping itu juga, perhatikan juga bahagian belakangnya (tempat tumit).Carilah yang bahagian belakangnya tidak keras atau berikan sokongan span kasut agar kaki belakangnya tidak mudah terkeluar atau tercabut.
Disebabkan fungsi kasut untuk melindungi kaki si manja, pemilihan kasut sebaiknya disesuaikan dengan keperluan bayi anda dan bukannya pada harga yang kelihatan terlalu murah!
Jika kasut baby dibeli tidak sesuai sekalipun mahal ataupun terlalu murah, ianya tetap tidak bermakna jika boleh mendatangkan kesakitan pada kaki si manja.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]