ADIWIRA SERBA BAHARU sloggi: THE ‘UNFASTENED FIVE’

Wow! Bagi anda yang memang sudah setia dengan koleksi sloggi, pasti tahu betapa selesanya mengenakan jenama ini. Tak kira bra ataupun seluar dalam, keduanya menjanjikan keselesaan yang tiada tandingan!

Memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, sloggi begitu memahami kepentingan keselesaan bagi wanita apabila mengenakan pakaian dalam. Justeru itu, sloggi telah melancarkan koleksi bra ZERO feel terbaharunya iaitu ‘Unfastened Five’, sekumpulan adiwira wanita yang bersedia untuk berkhidmat khas buat keselesaan anda!

Bebas dari jahitan dan direka dengan teknologi super, sloggi ZERO Feel memberi anda keselesaan dan sokongan tanpa kehadiran wayar yang boleh meninggalkan tanda pada kulit. Sudah tiba masanya anda menikmati hasil terbaharu ini.

Temuilah adiwira serba baharu sloggi: The ‘Unfastened Five’

“Dr. Original” menampilkan ZERO Feel Top dalam warna Coral.

Yang asli sudah tentu menawan hati – dinaik taraf namun tetap lembut, selesa, dan menyediakan sokongan yang diperlukan. Beliau bersedia untuk menempuh segalanya dalam kehidupan seharian – Kapow! Kapoom! – Dr. Original menghapuskan ketidakselesaan!

“Bralette Starlette” menampilkan ZERO Feel Bralette dalam warna ungu tua. Reka bentuk moden yang cukup memikat ini menghadirkan siluet feminin kepada si pemakai.

“Miss Tough But Soft” menampilkan ZERO Feel Soft Bra dalam warna Grise. Penampilannya menggambarkan kekuatan sebenar dengan menyembunyikan kelembutan hasil teknologi Viscomagic.

Tanpa wayar namun kekal berupaya, ia mampu memberikan sokongan, demi keselesaan si pemakai yang tidak tandingan.

“The Racer” menampilkan ZERO Feel Racerback Top dalam warna Campari. Mulakan enjin anda, dan bersedialah untuk memacu ke hadapan!

Keselesaan ZERO Feel kini tersedia dalam reka bentuk racer back yang hanya kelihatan ketika ianya pantas berlari meninggalkan anda! VROOOOOM! 

“Tracey Lacey” menampilkan ZERO Feel Lace Bandeau dalam warna Indian Summer.

Ia adalah gabungan sempurna keanggunan dan glamor. Kehadiran kain renda selembut sutera ibarat kulit kedua yang meningkatkan lagi kecantikan dan keselesaan anda! 

Rekaan sloggi Paling Inovatif

ZERO Feel merupakan rekaan sloggi yang paling inovatif: Bra revolusi terbaharu hasil gabungan fabrik, teknologi, dan seni reka. Pendek kata, inilah kemajuan yang diimpi-impikan!

Terdiri daripada fabrik regangan yang lembut dan halus, ZERO Feel dapat memberikan sokongan yang diperlukan tanpa dirasai ibarat kulit kedua. Ini adalah bukti bahawa adiwira boleh dipercayai untuk sedia membantu – sekurang-kurangnya dalam dunia pakaian dalam!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ZERO Feel, tontonilah video viral bertajuk ‘Unfasten Yourself’ – kemunculan sulung adiwira Unfastened Five! sloggi Unfastened Five tersedia daripada harga RM159 and briefs daripada harga RM55.90. 

(Visited 5,223 times, 1 visits today)

Back to top