ANDA pernah dengar tentang alahan makanan laut? Pernah tengok atau rasa macam mana? Mari sini Mamanet nak cerita pengalaman sendiri makan ketam yang agak mengerikan.
Semalam mamanet masak gulai lemak ketam untuk makan tengah hari dan malam. Disebabkan ketam tu masih banyak berbaki jadi mamanet pun makan sebab sayang nak buang.
Masya-ALLAH, lepas makan malam tadi satu badan mamanet merenyam dan berdenyut-denyut. Tumbuh ruam-ruam kecil dan gatalnya tak tahu nak cakap. Barulah mamanet tahu macam itu rasanya bila kena alahan.
Mula-mula lepas makan ketam itu, tak ada rasa apa-apa. Tapi lepas setengah jam, perut Mamanet mula memulas-mulas. Mamanet terus alami cirit-birit dan berulang kali ke tandas. Bukan itu sahaja, tangan muka rasa bengkak dan merenyam. Kemudian kepala dan berjangkit seluruh badan rasa ada benda menggigit-gigit, merenyam dan gatal.
Mamanet tak tahan terus garu dan sapu viks serta minyak cap kapak. Perut ini usah cakaplah. Memang rasa kolik dan cramp dalam perut. Nak duduk pun tak boleh.
Kemudian Mamanet fikir sendiri, alergi ini ada kaitan dengan asid urik dalam ketam (makanan laut). Jadi, Mamanet fikir untuk naturalkan asid kena ambil alkali. Jadi Mamanet pun ambil garam bukit (memang guna garam bukit untuk masak dan keperluan lain).
Mamanet bancuh sesudu garam dalam segelas air suam (Sebelum ini Mamanet memang ada pati garam untuk detoks tapi dah habis). Mamanet terus minum dan tawakal. Tapi jangan tiru tindakan Mamanet ni ya kerana ia mungkin salah. Sebaiknya anda dapatkan terus nasihat doktor.
Alhamdulillah, selepas itu kolik reda. Cuma tinggal gatal-gatal sahaja lagi. Viks dan minyak cap kapak tadi memang dapat melegakan sedikit rasa merenyam. Kemudian Mamanet terus tertidur keletihan sebab melawan sakit tadi.
Waktu Mamanet tulis artikel ini, Mamanet dah sihat. Sebaik bangun pagi tadi, memang Mamanet dah sihat. Mujur Mamanet Cuma dapat alahan makanan laut yang minor sahaja. Sebenarnya alahan ini jika lebih kronik, boleh bawa maut kalau tidak dirawat segera.
Rasa ngeri pula nak makan ketam banyak. Lepas ni tak boleh makan lebih dari seekor.
Di bawah ini, Mamanet nak kongsi sikit info tentang alahan makanan laut.
Apa gejala alahan makanan laut?
Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan.
- ‘Angioedema’ (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
- Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
- Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
- Perut yang sakit, memulas dan nyeri (kolik).
- Kesukaran bernafas dan berdehit.
Menurut beberapa kajian, alahan ini disebabkan oleh hipersensitiviti tubuh terhadap makanan yang mengandung protein tinggi. Udang, ketam atau sebahagian besar ikan laut mengandung banyak protein.
Bagi mereka yang tubuhnya tidak dapat mentoleran kadar protein tinggi daripada makanan tersebut, biasanya akan timbul reaksi yang menunjukkan perlawanan tubuh terhadapnya.
Gejala yang paling menakutkan adalah kejutan anafilatik yang ditunjukkan dengan menurunnya tekanan darah dan tahap kesedaran. Pada tahap ini, apabila pesakit tidak mendapatkan rawatan segera yang tepat, ia boleh menyebabkan kematian.
Cara tangani alahan makanan laut
- Sebaiknya hindari terus makanan laut. Elakkan menu makanan yang mengandungi makanan laut.
- Makan hanya pada kuantiti sedikit jika gejala anda tidak teruk.
- Minta nasihat doktor panel anda mengenai hal ini.
- Apabila gejala lebih kronik berlaku seperti sesak nafas, segera ke doktor agar mendapat rawatan lanjut.
Dalam 5 gelaja alahan makanan laut di atas, semua Mamanet alami kecuali no 5. Jadi, kepada anda semua, Mamanet harap dapat kawal diri terutama ketika ber’shellout’ dengan keluarga atau rakan-rakan. Hati-hati ya!